Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kakitangan AirAsia meninggal dunia dalam penerbangan dari KL ke Bandung

Seorang kakitangan AirAsia berusia 46 tahun meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung, Indonesia hari ini (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kakitangan AirAsia meninggal dunia dalam penerbangan dari KL ke Bandung

Pesawat AirAsia. (Gambar fail: Charles Platiau/Reuters)

Diterbitkan : 24 Jan 2018 11:02PM Dikemas Kini : 24 Jan 2018 11:03PM

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan AirAsia berusia 46 tahun meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung, Indonesia hari ini (24 Jan).

Penerbangan AK416 dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor disebabkan "kecemasan perubatan", menurut syarikat penerbangan tambang murah itu seperti yang dipetik New Straits Times (NST).

Menurutnya, kakitangan AirAsia itu segera diberi rawatan perubatan sebaik sahaja pesawat mendarat.

Namun, beliau disahkan meninggal dunia oleh seorang doktor di lapangan terbang.

"Keluarga AirAsia sedih dengan kehilangan seorang kakitangan kami. Kami mengucapkan sedalam dalam takziah kepada keluarganya," tambah syarikat itu lagi seperti yang dipetik NST.

AirAsia menambah ia akan memberikan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa ketika tempoh sukar ini.

AirAsia menyatakan pesawat itu kemudian berlepas dari Senai pada pukul 9.00 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Indonesia sekitar pukul 10.00 pagi.

Ketua polis daerah Kulai Superintendan Dzulkhairi Mukhtar memberitahu NST bahawa AirAsia membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.

Menurut Supt Dzulkhairi kakitangan AirAisa itu adalah warga Indonesia yang berusia 46 tahun.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan