Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kaki kanak-kanak tersepit selepas panel tangga bergerak tertanggal

Kaki dua budak perempuan tersepit di tangga bergerak sebuah pusat membeli-belah di bandar Guyuan, China. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kaki kanak-kanak tersepit selepas panel tangga bergerak tertanggal

Kaki dua kanak-kanak tersepit selepas panel tangga bergerak tertanggal. (Petikan gambar YouTube)

Diterbitkan : 12 Aug 2018 07:29PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 07:33PM

GUYUAN: Kaki dua budak perempuan tersepit di tangga bergerak sebuah pusat membeli-belah di bandar Guyuan, China. Dalam video yang menjadi tular di media sosial, seorang wanita kelihatan bersama dua budak perempuan.

Sebaik sahaja mereka bertiga melangkah ke tangga bergerak tersebut, salah satu panel tertanggal. Kedua-dua kanak-kanak terjatuh dan kaki mereka tersepit.

Wanita yang berada bersama mereka berjaya menarik keluar kaki salah seorang daripada kanak-kanak itu. Namun, kaki kanan seorang lagi kanak-kanak terus tersepit sedang tangga tersebut terus bergerak.

Wanita berkenaan meraung dan meminta bantuan orang ramai. Tangga bergerak itu hanya berhenti selepas seorang lelaki menekan butang kecemasan.

Menurut agensi berita CGTN, pasukan bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan ia berjaya menyelamatkan kanak-kanak yang kaki kanannya tersepit.

Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital, namun keadaannya tidak diketahui.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan