Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kadar kelahiran China menjunam ke paras terendah sejak 1978

Kadar kelahiran China menjunam ke paras rekod yang terendah pada tahun lalu, sekali gus menekankan krisis demografi di Beijing disebabkan oleh tenaga kerja yang semakin menua, prestasi ekonomi yang hambar dan pertumbuhan penduduk paling lemah dalam masa berpuluh-puluh tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar kelahiran China menjunam ke paras terendah sejak 1978

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Nov 2021 10:44AM Dikemas Kini : 25 Nov 2021 10:45AM

BEIJING: Kadar kelahiran China menjunam ke paras rekod yang terendah pada tahun lalu, sekali gus menekankan krisis demografi di Beijing disebabkan oleh tenaga kerja yang semakin menua, prestasi ekonomi yang hambar dan pertumbuhan penduduk paling lemah dalam masa berpuluh-puluh tahun.

China melonggarkan "dasar satu anak" - salah satu daripada perancangan keluarga paling ketat di dunia - pada 2016 bagi membolehkan pasangan untuk mempunyai dua orang anak. Pada awal tahun ini, ia diperluaskan kepada tiga orang anak.

Namun perubahan itu gagal menghasilkan jumlah kelahiran tinggi yang diharapkan, memandangkan kos sara hidup terus meningkat dan semakin ramai wanita membuat pilihan perancangan keluarga mereka sendiri.

Tahun lalu, China mencatatkan 8.52 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk menurut Banci Tahunan 2021 yang dikeluarkan pada minggu lalu - iaitu kadar terendah sejak perangkaan tahunan itu dimulakan pada 1978.

Ia juga menandakan satu kemerosotan ketara berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 10.41. Ia juga adalah jumlah terendah sejak Komunis China diasaskan pada 1949, menurut Biro Statistik Kebangsaan.

Selain itu, banci tersebut turut mendedahkan bahawa jumlah perkahwinan yang didaftarkan pada 2020 mencecah jumlah terendah dalam masa 17 tahun, dengan hanya 8.14 juta pasangan berkahwin pada tahun lalu.

Di awal penularan COVID-19, beberapa kawasan di bahagian tengah China diletakkan di bawah perintah berkurung yang ketat selama berbulan-bulan dan di seluruh negara itu, dengan banyak pejabat pemerintah ditutup.

Sepanjang tahun lalu bagaimanapun, sesetengah sekatan mula dilonggarkan terhadap majlis perkahwinan yang dibenarkan diteruskan seperti biasa.

Dua tanda pagar mengenai data perkahwinan itu menjadi tular di laman sosial Weibo minggu ini, dengan lebih 140 juta tontonan.

"Saya fikir memelihara seekor kucing adalah sukar, apatah lagi berkahwin dan membesarkan anak", keluh seorang netizen di laman itu.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan