Kadar jangkitan COVID-19 di Victoria mula stabil
Victoria, wilayah kedua paling ramai penduduk di Australia, terus mempergiat usaha membendung penularan COVID-19.
AUSTRALIA: Victoria, wilayah kedua paling ramai penduduk di Australia, terus mempergiat usaha membendung penularan COVID-19.
Pada Sabtu (15 Ogos), ia melaporkan 303 jangkitan baru dan empat kematian, berbanding 372 kes dan 14 kematian semalam (14 Ogos).
Ia juga jauh lebih rendah daripada paras tertinggi harian 725 kes pada 5 Ogos lalu.
Ketua Pegawai Kesihatan Victoria Brett Sutton berkata kadar jangkitannya sudah mula stabil, hasil sekatan ketat yang dikuatkuasakan.
Bandar terbesar wilayah itu, Melbourne, dikenakan tindakan kepungan tahap 4 selama enam minggu sejak 2 Ogos lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.