Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kadar bunuh diri merosot lebih 30% di peringkat global sejak 1990

Dengan berkurangnya penduduk yang hidup dalam kemiskinan dan akses jagaan kesihatan yang lebih, kadar bunuh diri sudah merosot sejak 30 tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar bunuh diri merosot lebih 30% di peringkat global sejak 1990

(Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 17 Feb 2019 03:14AM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 03:31AM

PARIS: Kes bunuh diri di peringkat global merosot lebih sepertiga sejak 1990. Ini menurut hasil analisis meluas yang dikeluarkan pada Februari, yang mengetengahkan perbezaan ketara antara jumlah lelaki dan wanita yang bunuh diri.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan perbuatan bunuh diri sebagai isu kesihatan awam kritikal dan menganggarkan sekurang-kurangnya 800,000 orang meragut nyawa mereka sendiri setiap tahun.

Menurut hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal BMJ, 817,000 orang dianggarkan bunuh diri pada 2016 - naik 6.7 peratus sejak 1990.

Bagaimanapun sedang jumlah penduduk dunia kian meningkat sejak 30 tahun lalu, kadar bunuh diri berdasarkan usia dan jumlah penduduk didapati merosot dari 16.6 kepada 11.2 kematian bagi setiap 100,000 orang, menjunam 32.7 pearatus.

"Bunuh diri dianggap sebagai punca kematian yang dapat dicegah, dan hasil kajian ini menunjukkan bahawa kita harus meneruskan usaha terhadap pencegahan bunuh diri," kata Heather Orpana, seorang saintis penyelidikan dari Agensi Kesihatan Awam Kanada.

"Dengan usaha berterusan, kita boleh mengurangkan jumlah kematian akibat bunuh diri."

Meskipun mereka mengalu-alukan trend yang kian merosot, namun pasukan penyelidik memberi amaran bahawa perbuatan bunuh diri masih lagi merupakan punca utama kematian di sesetengah rantau.
"Secara amnya, kadar kematian adalah lebih tinggi bagi kaum lelaki tetapi terdapat perbezaan ketara antara lelaki dengan wanita bergantung kepada usia dan juga negara," kata Dr Orpana kepada agensi berita AFP.

'KEMEROSOTAN KETARA'

Kajian itu juga mendapati bahawa secara keseluruhannya, kadar kematian, termasuk semua punca kematian, sudah merosot lebih 30 peratus sejak 1990 dan ini boleh dikaitkan dengan berkurangnya jumlah penduduk yang hidup dalam kemiskinan dan akses kepada jagaan kesihatan yang lebih baik.

Sasaran WHO adalah untuk mengurangkan kadar bunuh diri di sebanyak 10 peratus di peringkat global menjelang 2020.

Bagaimanapun, para penyelidik menarik perhatian kepada perbezaan ketara pada trend bunuh diri jika dibandingkan dari sebuah negara ke negara yang lain. 

"Kita mendapati bahawa terdapat kemerosotan ketara pada kadar kematian akibat bunuh diri di seluruh dunia. Namun, kemerosotan itu tidak konsisten jika dibandingkan di peringkat rantau, negara, jantina atau usia," kata Dr Orpana. 

Sumber : AFP/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan