Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kad bijak teknologi tinggi pastikan keselamatan jemaah Haji

Sehingga 25,000 jemaah Haji di Mina tahun ini akan diberi kad bijak berteknologi tinggi dalam program perintis yang dilancarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Kad tersebut menyimpan maklumat peribadi jemaah, status kesihatan, kediaman dan butiran Haji.

Anggaran Waktu Membaca:
Kad bijak teknologi tinggi pastikan keselamatan jemaah Haji

(Gambar: BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 11 Jul 2019 08:15PM Dikemas Kini : 11 Jul 2019 08:20PM

JEDDAH: Sehingga 25,000 jemaah Haji di Mina tahun ini akan diberi kad bijak berteknologi tinggi dalam program perintis yang dilancarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Kad tersebut menyimpan maklumat peribadi jemaah, status kesihatan, kediaman dan butiran Haji.

Ia juga dilengkapi dengan pengesan lokasi untuk mengikuti pergerakan jemaah, dikendalikan oleh bilik kawalan di Mina.

“Ini adalah tahap uji kaji inisiatif Haji bijak yang sedang kami usahakan, dan akan kami mengkaji sejauh mana ia memberi kebaikan kepada jemaah," kata Ketua Perancangan dan pegawai strategi di Kementerian Haji dan Umrah, Dr Amr Al-Maddah kepada Arab News.

“Bilangannya akan ditambah pada masa akan datang untuk memasukkan lebih ramai lagi jemaah di kawasan lain.”

Kementerian itu turut mengeluarkan sehingga 200,000 kad pengenalan kepada jemaah, yang mempunyai teknologi penyimpanan maklumat sama tetapi tanpa paparan pengesan lokasi.

Kad berkenaan boleh diimbas, membolehkan penyedia khidmat Haji segera mengenal pasti jemaah, akses sejarah perubatan mereka dan menentukan bentuk bantuan yang mereka perlukan.

Tahun ini, kad tersebut juga akan dilengkapi dengan aplikasi Pengenalan Haji Pintar, kata Al-Maddah.

“Ia akan menawarkan paparan sama seperti kad pengenalan bijak, termasuk pengesan lokasi, mengenal pasti tempat sesak di dalam peta dan jadual pengangkutan,” tambah beliau.

Kad bijak dan aplikasi telefon bimbit juga membolehkan kementerian melakukan simulasi dan meramalkan tingkah laku jemaah sepanjang musim Haji.

“Teknologi baru ini akan membantu kita mengumpulkan data menerusi kad, kamera dan imbasan yang diedarkan di seluruh lokasi Haji,” kata Al-Maddah 

Sumber : Agensi berita/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan