Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kabinet, PM baru Australia angkat sumpah hari ini

Kabinet baru Australia mengangkat sumpah hari ini (28 Ogos) selepas satu perebutan kuasa dalam parti Liberal yang menyebabkan Encik Malcolm Turnbull tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Kabinet, PM baru Australia angkat sumpah hari ini

Perdana Menteri Australia Scott Morrison bersama anggota baru Kabinet Australia (Gambar: AP)

Diterbitkan : 28 Aug 2018 10:46PM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 10:55PM

CANBERRA: Kabinet baru Australia mengangkat sumpah hari ini (28 Ogos) selepas satu perebutan kuasa dalam parti Liberal yang menyebabkan Encik Malcolm Turnbull tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Encik Scott Morrison menggantikan beliau setelah menang pemilihan dalam pucuk pimpinan parti yang memerintah itu dalam satu pertandingan tiga penjuru.

Upacara angkat sumpah dilakukan oleh Gabenor Sir Peter Cosgrove.

Encik Michael McCormack dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Encik Mathias Cormann mengekalkan portfolio Menteri Kewangan merangkap Menteri Perkhidmatan Awam.

Dalam persaingan tiga penjuru untuk menjadi pemimpin parti Liberal pada Jumaat lalu, Encik Cormann menyokong Encik Peter Dutton, orang yang mencetuskan perebutan kuasa itu.

Jawatan Menteri Pertahanan kini disandang Encik Christopher Pyne yang menggantikan Cik Marise Payne.

Cik Payne pula menggantikan Menteri Luar wanita pertama Australia, Cik Julie Bishop yang meletak jawatan kelmarin selepas kalah dalam persaingan dengan Encik Morrison.

Perebutan kepimpinan dalam parti Liberal minggu lalu mencetuskan perpecahan dalam kerajaan campuran Liberal-Nasional.

Gabungan konservatif itu perlu segera mengatasi masalah tersebut dan kembali bersatu sebelum pilihan raya umum diadakan menjelang Mei tahun depan.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan