Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kabinet M'sia sebulat suara putuskan tidak meterai ICERD

Keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Kabinet hari ini (23 Nov), kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kabinet M'sia sebulat suara putuskan tidak meterai ICERD

Beberapa orang mengadakan bantahan terhadap usulan kerajaan untuk meterai ICERD. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 23 Nov 2018 08:32PM Dikemas Kini : 23 Nov 2018 08:34PM

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Kabinet hari ini (23 Nov), kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka dan memberi peluang kepada rakyat membicarakan hal-hal rumit yang sebelum ini 'tertutup' rapat seperti isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan terkini ICERD.

"Tetapi apabila sampai ke tahap 'alergik' ICERD, maka Kabinet menggunakan kebijaksanaan membuat keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi konvensyen itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Integriti Kementerian Luar hari ini (23 Nov).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini (23 Nov) memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.

“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan