Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kabinet M'sia bincang usaha tangani jerebu

Mesyuarat Kabinet Malaysia pada Rabu (11 Sep) membincangkan usaha-usaha kerajaan untuk menangani kesan jerebu yang melanda Malaysia pada masa kini, kata Perdana Menteri negara itu, Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
Kabinet M'sia bincang usaha tangani jerebu

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/Reuters)

Diterbitkan : 12 Sep 2019 08:14AM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 08:16AM

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet Malaysia pada Rabu (11 Sep) membincangkan usaha-usaha kerajaan untuk menangani kesan jerebu yang melanda Malaysia pada masa kini, kata Perdana Menteri negara itu, Dr Mahathir Mohamad.

"Kita bincangkan tentang cara-cara mengurangkan jerebu," katanya ketika ditemui pihak media semalam (11 Sep).

Dr Mahathir turut ditanya mengenai kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya, yang mendakwa jerebu yang menyelubungi Malaysia bukan dari negara itu, sebaliknya berasal dari Sarawak.

"Itu dia punya komen, kita tidak boleh kata apalah," kata Dr Mahathir.

Jerebu mula melanda beberapa negeri di Malaysia sejak 5 September lalu, yang antaranya mengakibatkan beratus-ratus sekolah di Sarawak diarahkan supaya ditutup.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam (11 Sep), kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia masih menyebabkan jerebu rentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan bahagian barat Sarawak.

Sementara itu, Dr Mahathir menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Presiden ketiga Indonesia Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie yang meninggal dunia semalam (11 Sep).

"Dia kawan baik saya, saya berasa sedih tapi dah lama dia sakit," katanya.

BJ Habibie meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

BJ Habibie, 83 tahun, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menyandang jawatan itu dari 21 Mei 1998 sehingga 20 Oktober 1999.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan