Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kabinet Indonesia diumumkan, pembangkang dan pengasas Gojek antara dilantik

Presiden Indonesia Joko Widodo Pada Rabu (23 Okt) mengumumkan anggota Kabinet yang baru bagi penggal keduanya. Beliau melantik mantan menteri perusahaan Airlangga Hartarto untuk mengetuai pasukan ekonominya dan mengekalkan pakar ekonomi Sri Mulyani Indrawati sebagai menteri kewangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Oct 2019 01:29PM Dikemas Kini : 23 Oct 2019 09:42PM

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo Pada Rabu (23 Okt) mengumumkan anggota Kabinet yang baru bagi penggal keduanya. Beliau melantik mantan menteri perusahaan Airlangga Hartarto untuk mengetuai pasukan ekonominya dan mengekalkan pakar ekonomi Sri Mulyani Indrawati sebagai menteri kewangan.

Encik Prabowo Subianto, ketua pembangkang semasa penggal pertama Presiden Jokowi dan satu-satunya pesaing Encik Jokowi dalam pilihan raya pada April, bakal menggalas jawatan menteri pertahanan, umum Encik Jokowi di istana presiden.

Pengasas bersama merangkap ketua eksekutif syarikat khidmat kereta sewa dan pembayaran, Gojek diumumkan sebagai menteri pendidikan dan kebudayaan. Encik Arifin Tasrif, mantan ketua pengeluar baja negara diumumkan sebagai menteri tenaga dan sumber daya mineral.

Sekutu lama presiden, Luhut Pandjaitan, mengekalkan jawatan sebagai menteri penyelaras bagi ehwal maritim, yang turut merangkumi sektor sumber semula jadi dan pelaburan.

Berikut adalah senarai penuh anggota Kabinet baru Indonesia serta senarai jawatan rasmi masing-masing seperti dilaporkan CNN Indonesia:

1. Menteri Penyelaras Politik Hukum dan Keamanan: Mohammad Mahfud
2. Menteri Penyelaras Ekonomi: Airlangga Hartarto
3. Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan: Muhajir Effendy
4. Menteri Penyelaras Maritim dan Pelaburan: Luhut Binsar Panjaitan

5. Menteri Pertahanan: Prabowo Subianto
6. Menteri Sekretariat Negara: Pratikno
7. Menteri Dalam Negeri: Tito Karnavian
8. Menteri Luar Negeri: Retno Lestari Marsudi
9. Menteri Agama: Fachrul Razi
10. Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia: Yasonna Laoly

11. Menteri Kewangan: Sri Mulyani Indrawati
12. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan: Nadiem Makarim
13. Menteri Kesihatan: Dr Terawan
14. Menteri Sosial: Juliari Batubara
15. Menteri Tenaga Kerja: Ida Fauziah

16. Menteri Perindustrian: Agus Gumiwang Kartasasmita
17. Menteri Perdagangan: Agus Suparmanto
18. Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral: Arifin Tasrif
19. Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat: Basuki Hadimuljono
20. Menteri Perhubungan: Budi Karya

21. Menteri Komunikasi dan Informatik: Johnny G. Plate
22. Menteri Pertanian: Syahrul Yasin Limpo
23. Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan: Siti Nurbaya
24. Menteri Kelautan dan Perikanan: Edhy Prabowo
25. Menteri Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi: Abdul Halim Iskandar

26. Menteri Pertanian, Perancangan Ruangan dan Kehutanan: Sofjan Jalil
27. Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional dan Ketua Bappenas: Suharso Monoarfa
28. Menteri Pentadbiran dan Reformasi Birokrasi: Tjahjo Kumolo
29. Menteri Badan Usaha Milik Negara: Erick Thohir
30. Menteri Koperatif dan Syarikat Kecil dan Sederhana: Teten Masduki

31. Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif: Wishnutama
32. Menteri Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Anak: Gusti Ayu Bintang Darmavati
33. Menteri Kajian, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Nasional: Bambang Brodjonegoro
34. Menteri Belia dan Olahraga: Zainudin Amali

35. Ketua Kakitangan Presiden: Moeldoko
36. Setiausaha Kabinet: Pramono Anung
37. Ketua Badan Penyelaras Penanaman Modal: Bahlil Lahadalia
38. Jaksa Agung: ST Burhanuddin

Sumber : Reuters/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan