Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jutawan dunia semakin kaya ketika pandemik COVID-19

Kekayaan terkumpul bagi individu terkaya di dunia meningkat lebih 60 peratus ketika tahun pandemik mencatatkan rekod 660 jutawan baru, demikian menurut Senarai Jutawan Dunia 2021 oleh Forbes, lapor Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Jutawan dunia semakin kaya ketika pandemik COVID-19

Encik Elon Musk (kiri) dan Encik Jeff Bezos. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 03:47PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 03:52PM

MOSCOW: Kekayaan terkumpul bagi individu terkaya di dunia meningkat lebih 60 peratus ketika tahun pandemik mencatatkan rekod 660 jutawan baru, demikian menurut Senarai Jutawan Dunia 2021 oleh Forbes, lapor Sputnik.

Secara keseluruhan, seramai 2,755 individu berada dalam senarai itu.

Dalam kalangan mereka, terdapat 493 muka baru yang juga jumlah yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Mereka termasuk 210 individu dari China dan Hong Kong serta 98 dari Amerika Syarikat (AS).

Bagi tahun keempat berturut-turut, Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos mendahului senarai individu terkaya dengan nilai bersih AS$177 bilion (S$237 bilion).

CEO SpaceX dan Tesla, Elon Musk, yang kini mempunyai kekayaan bernilai AS$151 bilion (S$202 bilion), melonjak daripada kedudukan ke-31 ke kedudukan kedua.

Ahli perniagaan barangan mewah Perancis, Bernard Arnault melengkapkan kedudukan tiga individu terkaya dengan mengekalkan kedudukannya.

Beliau diikuti pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dengan nilai kekayaan AS$124 billion (S$166 bilion).

Pemegang saham utama dan pengerusi syarikat keluli dan perlombongan Severstal, Alexey Mordashov dengan nilai kekayaan AS$29.1 bilion (S$39 bilion), buat pertama kalinya mendahului senarai bilionair Russia.

Pengasas Telegram, Pavel Durov, muncul dalam senarai 10 bilionair terkaya Rusia dengan kekayaan AS$17.2 bilion (S$23 bilion), meningkat daripada AS$13.8 bilion (S$18.5 bilion) pada tahun lalu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan