Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jutaan pesakit kencing manis sukar dapatkan insulin

Satu laporan mengenai penyakit kencing manis menyatakan bahawa dunia akan mengalami kekurangan bekalan insulin kerana bilangan penghidap kencing manis jenis 2 yang memerlukan insulin semakin bertambah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2018 08:29PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 09:12PM

LONDON: Satu laporan mengenai penyakit kencing manis menyatakan bahawa dunia akan mengalami kekurangan bekalan insulin kerana bilangan penghidap kencing manis jenis 2 yang memerlukan insulin semakin bertambah.

Penyakit itu kini menjejas sembilan peratus penduduk dewasa di seluruh dunia, naik daripada lima peratus pada tahun 80-an.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet, seramai 79 juta pesakit kencing manis jenis 2 dijangka memerlukan suntikan insulin menjelang tahun 2030.

Namun, separuh daripada mereka mungkin tidak mendapat insulin yang diperlukan kecuali berlaku peningkatan ketara pada akses serta tahap kemampuan para pesakit.

Kajian itu juga mendapati jumlah kes kencing manis jenis 2 melonjak di seluruh dunia kerana ia bersangkut paut dengan epidemik kegemukan yang keterlaluan.

Menurut seorang pakar, kekurangan bekalan insulin dijangka paling teruk berlaku di benua Asia dan Afrika. Namun, masalah mendapatkan insulin mungkin juga menjejas negara-negara maju.

Misalnya, Amerika Syarikat mengalami kenaikan besar harga insulin sehingga mendorong Senator Bernie Sanders untuk menyiasat syarikat-syarikat yang menghasilkan ubat itu.

Suntikan insulin merupakan rawatan penting, terutamanya bagi para pesakit kencing manis jenis 1. Bagaimanapun, semakin ramai penghidap kencing manis jenis 2 menggunakannya bagi mengurangkan risiko komplikasi seperti amputasi, kegagalan buah pinggang dan angin ahmar.  

Sumber : Reuters/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan