Images
  • vaccine polio
    (Gambar: AFP/NOORULLAH SHIRZADA)

Jutaan kanak-kanak Filipina akan diberi vaksin sedang virus polio muncul kembali

MANILA: Jabatan Kesihatan Filipina mengesahkan satu lagi kes penyakit polio pada Jumaat (20 Sep), sedang ia bersedia untuk memberikan vaksin kepada jutaan kanak-kanak terhadap penyakit yang pada awalnya diyakini sudah dibasmi dua dekad lalu.

Pesakit kedua itu merupakan seorang budak lelaki berusia lima tahun di Laguna, selatan ibu kota Manila. Kes pertama melibatkan seorang budak perempuan berusia tiga tahun dari Lanao del Sur, wilayah di bahagian selatan.

Terbit daripada itu, pemerintah hari ini memulakan kempen "Hentikan Polio Sekarang" di Manila. Ia adalah kempen kesedaran dan pemvaksinan bagi mencegah penularan penyakit itu.

Gerakan pemvaksinan secara besar-besaran akan diluaskan ke wilayah-wilayah lain bulan depan.

Seseorang perlu diberi beberapa dos vaksin untuk mempunyai kekebalan sepenuhnya daripada virus polio.

Polio merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut dan belum ada ubat penawarnya

Semalam Jabatan Kesihatan telah mengisytiharkan keadaan wabak polio.

Contoh-contoh yang diambil dari saluran kumbahan di Manila dan Davao didapati mengandungi virus penyakit itu.

- Reuters/MU/tq

Top