Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Juruterbang tertidur, terlajak destinasi di Australia

Sebuah pesawat kecil terlajak destinasinya di Australia hampir 50 kilometer selepas juruterbangnya tertidur di dalam kokpit, kata para pegawai keselamatan udara semalam (27 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Juruterbang tertidur, terlajak destinasi di Australia

Gambar hiasan. (Gambar: John Wauldron/AFP)

Diterbitkan : 28 Nov 2018 10:13AM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 10:18AM

SYDNEY: Sebuah pesawat kecil terlajak destinasinya di Australia hampir 50 kilometer selepas juruterbangnya tertidur di dalam kokpit, kata para pegawai keselamatan udara semalam (27 Nov).

Juruterbang itu ialah satu-satunya orang dalam pesawat kargo Piper PA-31, yang melakukan penerbangan dari Devonport ke King Island di Tasmania pada 8 November lalu, lapor agensi berita BBC.

Kejadian itu, yang disifatkan sebagai satu kes 'ketidakupayaan', sedang disiasat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Para pegawai belum mendedahkan bagaimana juruterbang itu terbangun sebelum mendaratkan pesawat tersebut dengan selamat.

Pesawat Piper PA-31, yang dikendalikan oleh Vortex Air, dijadual selesai melakukan perjalanan sejauh 240 kilometer pada pukul 7.15 pagi waktu temptan.

"Ketika penerbangan, juruterbang tertidur, sekaligus menyebabkan pesawat itu terlepas King Island sejauh 46 kilometer," menurut ATSB dalam satu kenyataan, seperti yang dipetik BBC.

Neil Hansford, seorang pakar penerbangan berkata Australia mempunyai undang-undang ketat berhubung keletihan juruterbang.

Menurut laman Vortex Air, ia mengendalikan penerbangan carter bagi "kumpulan, badan korporat dan pelancong riadah " di merata Australia.

ATSB akan menemubual juruterbang berkenaan dan menyemak prosedur-prosedur operasi sebelum mengeluarkan laporan pada tahun depan, menurut BBC.

Pada tahun lalu, lima orang terkorban apabila pesawat yang sedang dalam penerbangan ke King Island terhempas sejurus selepas ia berlepas dari Melbourne.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan