Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Juruterbang Lion Air digantung tugas selepas pukul pekerja hotel

Seorang juruterbang Lion Air, yang memukul seorang kakitangan hotel kerana tidak puas hati dengan cara baju seragamnya digosok, digantung kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Juruterbang Lion Air digantung tugas selepas pukul pekerja hotel

Gambar fail menunjukkan pesawat Lion Air di lapangan terbang (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 May 2019 08:38AM Dikemas Kini : 04 May 2019 08:40AM

JAKARTA: Seorang juruterbang Lion Air, yang memukul seorang kakitangan hotel kerana tidak puas hati dengan cara baju seragamnya digosok, digantung kerja. Demikian diumumkan syarikat penerbangan Indonesia itu pada Jumaat (3 Mei).

Rakaman CCTV yang dimuatnaik ke Facebook dan ditonton lebih sejuta kali menunjukkan juruterbang terlibat menuju ke meja penyambut tamu dan kelihatan membuat aduan tentang bajunya sebelum menampar kakitangan itu beberapa kali.

Juruterbang tersebut kemudian diminta beredar oleh seorang lelaki lain.

Syarikat penerbangan murah itu menyatakan juruterbang tersebut digantung tugas ekoran insiden 30 April di sebuah hotel di bandar Surabaya.

"Lion Air kini sedang mengumpul data dan maklumat lain yang diperlukan untuk siasatan," menurut jurucakap syarikat Danang Mandala Prihantoro dalam satu kenyataan.

"Jika juruterbang didapati bersalah selepas siasatan, Lion Air akan mengambil tindakan tegas dan memecatnya dari syarikat."

Video tersebut didedahkan menyusuli beberapa insiden lain yang memberi publisiti buruk kepada syarikat penerbangan terbesar Asia Tenggara itu yang sudah lama mengalami rekod keselamatan kurang baik dan menerima banyak aduan berhubung perkhidmatan tidak memuaskan.

Tahun lalu, pesawat baru Lion Air Boeing 737 MAX terhempas ke laut tidak lama selepas berlepas dari Jakarta, membunuh kesemua 189 orang dalam pesawat.

Sumber : AFP/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan