Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Juruterbang Japan Airlines mabuk dipenjara 10 bulan

Seorang juruterbang Japan Airlines dipenjara 10 bulan pada Khamis (29 Nov) selepas ujian darahnya didapati melebihi paras alkohol 10 kali ganda had dibenarkan, sebelum menerbangkan pesawat dari Lapangan Terbang Heathrow.

Anggaran Waktu Membaca:
Juruterbang Japan Airlines mabuk dipenjara 10 bulan

Pegawai pertama Katsutoshi Jitsukawa dipenjara 10 bulan (Gambar: Polis Metropolitan)

Diterbitkan : 30 Nov 2018 10:02AM Dikemas Kini : 30 Nov 2018 10:04AM

LONDON: Seorang juruterbang Japan Airlines dipenjara 10 bulan pada Khamis (29 Nov) selepas ujian darahnya didapati melebihi paras alkohol 10 kali ganda had dibenarkan, sebelum menerbangkan pesawat dari Lapangan Terbang Heathrow.

Pegawai pertama Katsutoshi Jitsukawa, 42, dijatuhi hukuman di Mahkamah Isleworth Crown di barat London.

Dia ditahan di Heathrow pada 28 Oktober selepas gagal ujian pernafasan, 50 minit sebelum berlepas dalam kokpit pesawat Japan Airlines JL44 ke Tokyo.

"Anda seorang juruterbang yang berpengalaman tetapi jelas anda telah minum alkohol dalam tempoh yang lama sebelum dijadual menerbangkan pesawat itu," kata hakim Philip Matthews.

"Yang paling penting adalah keselamatan semua penumpang dan anak kapal dalam penerbangan jarak jauh itu, berkemungkinan 12 jam atau lebih. Keselamatan mereka diletakkan dalam risiko kerana anda mabuk.

"Akibat perbuatan anda mungkin berpotensi membawa malapetaka."

Mahkamah diberitahu bahawa pihak keselamatan menyedari nafas juruterbang itu berbau alkohol dan dia kelihatan mabuk. Seorang pegawai kemudian menyedari bahawa Jitsukawa mengalami "kesukaran untuk berdiri tegak".

Ujian pernafasan mendapati Jitsukawa memiliki 93 miligram (mg) alkohol bagi setiap 100 mililiter darah dalam sistemnya, 10 kali ganda had yang dibenarkan untuk juruterbang.

Pesawat Boeing 777 yang boleh menampung sehingga 244 penumpang, akhirnya berlepas selepas tertangguh selama 69 minit. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan