Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Juruterbang helikopter dipercayai maut dalam nahas atas bangunan Manhattan

Sebuah helikopter terhempas atas sebuah bangunan yang terletak di bandar Manhattan, Amerika Syarikat pada Isnin (10 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2019 08:16AM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 10:07PM

NEW YORK: Sebuah helikopter terhempas atas sebuah bangunan yang terletak di bandar Manhattan, Amerika Syarikat pada Isnin (10 Jun). Nahas itu menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan mencetuskan ketakutan kerana bandar itu masih dihantui insiden Sep 11 2001, apabila sebuah pesawat merempuh Pusat Dagangan Dunia.

Nahas itu berlaku pada sekitar jam 2.00 petang (pada Selasa, 2.00 pagi, waktu Singapura) di Seventh Avenue, selang beberapa blok dari utara Times Square.

Berpuluh-puluh kenderaan kecemasan memenuhi kawasan itu, sekali gus menjejas pergerakan lalu lintas dan menyebabkan orang ramai dipindahkan dari pejabat-pejabat berdekatan, di salah satu kawasan paling sibuk di bandar tersebut.

Mangsa yang terbunuh "dipercayai" ialah juruterbang, menurut Datuk Bandar New York City Bill de Blasio di satu sidang media. Tiada kecederaan, sama ada terhadap orang-orang di dalam bangunan atau di bawah, dilaporkan.

Beliau mendedahkan punca nahas itu belum diketahui tetapi tiada tanda bahawa nahas itu adalah satu "tindakan pengganasan". Tidak jelas sama ada jarak penglihatan terhad akibat keadaan cuaca merupakan faktor yang menyebabkan nahas itu.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa helikopter itu adalah jenis Agusta A109E, yang memiliki enjin kembar dan jenis helikopter yang ringan.

Juruterbang itu merupakan satu-satunya orang di dalam helikopter tersebut dan para pegawai kawalan trafik udara tidak mengendalikan penerbangan itu, menurut agensi tersebut. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan