Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jururawat disyaki bunuh 8 warga emas di Itali

Polis Itali menangkap seorang jururawat yang disyaki membunuh lapan pesakit warga emas di rumah penjagaan dalam tempoh dua tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jururawat disyaki bunuh 8 warga emas di Itali

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Getty Images/John Moore)

Diterbitkan : 17 Jun 2020 01:03AM Dikemas Kini : 17 Jun 2020 01:04AM

ROM: Polis Itali menangkap seorang jururawat yang disyaki membunuh lapan pesakit warga emas di rumah penjagaan dalam tempoh dua tahun lalu.

Penahanan itu dibuat selepas siasatan yang lama terhadap kadar kematian luar biasa tinggi di rumah penjagaan yang terletak di wilayah Ascoli Piceno itu.

Pendakwa raya memulakan siasatan pada September 2018 selepas siri kematian yang mencurigakan di situ dan akhirnya mengaitkan kes-kes itu dengan seorang jururawat yang bekerja di kemudahan itu.

Menurut pihak pendakwa, suspek lelaki berusia 57 tahun yang tidak didedahkan namanya itu dipercayai menyuntik pesakit-pesakit dengan dos ubat yang tinggi yang boleh membawa maut, antara Januari 2017 dengan Februari 2019.

Laporan media turut mendedahkan bahawa suspek dipercayai cuba membunuh empat pesakit lain.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan