Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jururawat dipenjara kerana 'sedut' darah anaknya setiap minggu selama 5 tahun

 Sebuah mahkamah di Denmark pada Khamis (7 Feb) menjatuhi hukuman penjara empat tahun ke atas seorang ibu atas kesalahan mendera dengan teruk anaknya. Dia mengeluarkan setengah liter darah setiap minggu daripada tubuh anaknya tanpa sebarang sebab, selama lima tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Jururawat dipenjara kerana 'sedut' darah anaknya setiap minggu selama 5 tahun

(Gambar hiasan: Wikimedia Commons)

Diterbitkan : 08 Feb 2019 12:35AM Dikemas Kini : 08 Feb 2019 12:37AM

COPENHAGEN: Sebuah mahkamah di Denmark pada Khamis (7 Feb) menjatuhi hukuman penjara empat tahun ke atas seorang ibu atas kesalahan mendera dengan teruk anaknya. Dia mengeluarkan setengah liter darah setiap minggu daripada tubuh anaknya tanpa sebarang sebab, selama lima tahun.

Wanita 36 tahun itu, yang merupakan seorang jururawat terlatih, mula mengeluarkan darah anak lelakinya ketika budak itu berusia 11 bulan, dan secara purata melakukannya seminggu sekali selama lima tahun.

Ibu itu berkata dia tidak akan merayu keputusan yang dikeluarkan mahkamah di bandar Herning itu.

"Ia bukan satu keputusan yang saya lakukan secara sengaja. Saya tidak sedar bila saya mula lakukan apa yang tidak sepatutnya saya lakukan itu. Saya membuang darah itu ke dalam tandas dan membuang jarum ke tong sampah," wanita itu memberitahu mahkamah.

Budak lelaki terbabit yang kini berusia tujuh tahun dan tinggal bersama ayahnya, menghidap sakit usus sejurus selepas dilahirkan. Namun saban tahun, para doktor tidak dapat mencari punca mengapa dia mempunyai darah yang begitu sikit dalam sistem tubuhnya.

Mereka memberikan mangsa 110 pemindahan darah sepanjang tempoh beberapa tahun itu untuk merawat keadaannya.

Lama-kelamaan, mereka mula mencurigai si ibu dan polis memulakan siasatan. Wanita itu diberkas pada September 2017 semasa membawa sekampit darah.

Di media sosial, pesalah menggambarkan diri sebagai seorang ibu yang berjuang demi anaknya yang sakit.

Pakar psikiatrik memberitahu mahkamah bahawa mereka percaya ibu itu menghidap sindrom Munchausen secara proksi, satu kondisi jarang berlaku di mana seseorang mengada-adakan penyakit bagi orang di bawah jagaannya dan membuat individu tersebut jalani rawatan perubatan yang tidak perlu.

Namun mereka mengesahkan wanita itu sebagai cukup sihat untuk ke penjara. Wanita itu juga diharamkan daripada meneruskan kerjaya sebagai seorang jururawat.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan