Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jurucakap Rumah Putih, pakar penyakit berjangkit bertikam lidah jelang Pilihan Raya Presiden AS

Rayuan itu bagaimanapun dibidas oleh pentadbiran Presiden Donald Trump pada hari-hari terakhir menjelang Pilihan Raya Presiden negara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurucakap Rumah Putih, pakar penyakit berjangkit bertikam lidah jelang Pilihan Raya Presiden AS

Gambar fail Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Dr Anthony Fauci. (Gambar: AP/Alex Brandon)

Diterbitkan : 02 Nov 2020 12:24PM Dikemas Kini : 02 Nov 2020 12:27PM

NEW YORK: Salah seorang saintis kanan Amerika Syarikat, Anthony Fauci, merayu kepada pemerintah negara itu supaya meminda dasar negara tersebut terhadap COVID-19.

Rayuan itu bagaimanapun dibidas oleh pentadbiran Presiden Donald Trump pada hari-hari terakhir menjelang Pilihan Raya Presiden negara tersebut.

Dalam wawancaranya bersama Washinton Post pada Ahad (1 Nov), Dr Fauci memberi amaran bahawa Amerika sedang menuju ke arah "kebinasaan" kecuali negara itu membuat "perubahan besar" pada amalan-amalan kesihatan.

Dengan ramai rakyat Amerika mengabaikan amalan-amalan selamat dan banyak hospital semakin tertekan menjelang musim sejuk dan musim selesema, "anda mungkin berada dalam kedudukan yang lebih teruk", tegas Dr Fauci. "Ini bukan satu situasi yang baik."

COVID-19 sudah meragut nyawa lebih 230,000 orang di Amerika Syarikat dengan jumlah jangkitan mencecah paras tertinggi iaitu sebanyak 98,000 kes pada Jumaat lalu.

Judd Deere, jurucakap Rumah Putih, bagaimanapun membidas kenyataan Dr Fauci.

"Tidak boleh diterima sama sekali dan komen Dr Fauci melanggar semua norma bagi seorang anggota kanan Pasukan Bertindak Virus Korona Presiden dan beliau sebelum ini adalah seseorang yang memuji tindakan Presiden Trump dan untuknya memilih tiga hari sebelum pilihan raya diadakan untuk bermain politik adalah sesuatu yang tidak masuk akal," kata Encik Deere dalam kenyataannya.

Beliau terus mengkritik Dr Fauci kerana "memilih untuk mengutuk Presiden secara terbuka melalui saluran media dan menunjukkan sokongan beliau dengan sebaliknya memuji pesaing Presiden". 

Sumber : AFP/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan