Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Junta Myanmar salahkan pejuang antirampasan kuasa sebabkan Internet terputus

Junta Myanmar menolak dakwaan ia menggantung akses Internet di wilayah yang dilanda konflik, sebaliknya menyalahkan penunjuk perasaan antirampasan kuasa yang menyebabkan khidmat data terputus dengan merosakkan menara komunikasi milik tentera.

Anggaran Waktu Membaca:
Junta Myanmar salahkan pejuang antirampasan kuasa sebabkan Internet terputus

Gambar dipetik pada 7 Sep 2021 oleh agensi berita Myanmar, Myaelatt Athan, menunjukkan bahagian menara perhubungan yang musnah (Gambar: AFP/Handout/Myaelatt Athan)

Diterbitkan : 26 Sep 2021 10:08PM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 10:34PM

BANGKOK: Junta Myanmar menolak dakwaan ia menggantung akses Internet di wilayah yang dilanda konflik, sebaliknya menyalahkan penunjuk perasaan antirampasan kuasa yang menyebabkan khidmat data terputus dengan merosakkan menara komunikasi milik tentera.

Negara itu terjerumus ke dalam huru hara sejak tentera menggulingkan pemerintah Aung San Suu Kyi pada Februari, mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran dengan pasukan keselamatan menggunakan kekerasan untuk cuba meleraikan keadaan.

Beberapa peserta gerakan anti junta membentuk "pasukan pertahanan rakyat" di bandar mereka sendiri untuk menyerang balas, dan sejak beberapa minggu lalu memusnahkan beberapa menara perhubungan Mytel milik tentera di wilayah barat Chin.

Laporan mengenai gangguan khidmat internet dan data - terutama di kawasan berlakunya pertempuran antara tentera dan pasukan pertahanan rakyat - timbul tidak lama selepas itu.

Kementerian luar junta pada Sabtu (25 Sep) menolak dakwaan rejim itu bertanggungjawab.

"Hakikatnya, gangguan internet baru-baru ini adalah akibat tindakan pengganas seperti memusnahkan menararhubungan oleh kumpulan pengganas," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Myanmar kerap dilanda masalah terputus akses internet sejak pemerintah digulingkan, dengan pihak junta melaksanakan sekatan pada awal pagi, 1 Februari lalu ketika menangkap Aung San Suu Kyi dan anggota politik lain parti Liga Nasional bagi Demokrasi.

Khidmat data mudah alih juga disekat pada sebelah malam beberapa minggu menyusuli rampasan kuasa itu.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan