Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Junta Myanmar beri amaran jangan lindungi penunjuk perasaan dalam buruan

Rejim tentera baru Myanmar pada Ahad (14 Feb) memberi amaran kepada orang awam agar jangan melindungi para aktivis politik dalam buruan, setelah mengeluarkan waran tangkap bagi jurukempen demokrasi veteran yang menyokong bantahan anti-rampasan kuasa besar-besaran di seluruh negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Junta Myanmar beri amaran jangan lindungi penunjuk perasaan dalam buruan

(Gambar: REUTERS/Stringer)

Diterbitkan : 14 Feb 2021 04:50PM Dikemas Kini : 14 Feb 2021 05:01PM

YANGON: Rejim tentera baru Myanmar pada Ahad (14 Feb) memberi amaran kepada orang awam agar jangan melindungi para aktivis politik dalam buruan, setelah mengeluarkan waran tangkap bagi jurukempen demokrasi veteran yang menyokong bantahan anti-rampasan kuasa besar-besaran di seluruh negara.

Bantahan besar-besaran diadakan di negara itu sejak minggu lalu apabila para askar menahan Cik Aung San Suu Kyi dan menyingkirkan pemerintahnya, sekali gus menamatkan pemerintahan demokrasi selama sedekad menyusuli pemerintahan tentera untuk beberapa generasi lamanya.

Polis kini sedang memburu tujuh orang yang menyuarakan sokongan terang-terangan terhadap bantahan-bantahan itu, termasuk beberapa aktivis demokrasi terkenal di negara itu.

Antara mereka yang diburu ialah Min Ko Naing, yang dipenjara selama lebih sedekad kerana membantu mengetuai tunjuk perasaan menentang pemerintahan kuku besi sebelum ini pada 1988 ketika beliau seorang pelajar di universiti.

"Mereka menangkap orang-orang pada waktu malam dan kita perlu berhati-hati," katanya dalam satu video yang dimuatnaik ke Facebook pada Sabtu. Tindakannya itu melanggar larangan junta di wadah tersebut, beberapa jam sebelum waran tangkapnya dikeluarkan.

"Mereka boleh mengambil tindakan keras dengan paksa dan kita perlu bersiap sedia."

Hampir 400 orang lagi telah ditangkap termasuk ramai sekutu politik kanan Aung San Suu Kyi, menurut kumpulan pemantau Persatuan Bantuan bagi Tahanan Politik.

Panglima tentera, Min Aung Hlaing menggantung syarat memerlukan waran untuk menggeledah rumah dan menghadkan penahanan tanpa perintah mahkamah kepada 24 jam sebagai sebahagian daripada langkah perundangan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Orang ramai kembali mengadakan bantahan jalanan di Yangon pada Ahad, dengan beratus-ratus orang berkumpul di persimpangan berhampiran pagoda Shwedagon yang terkenal di ibu kota komersial itu.

Sehari sebelum itu, sami Buddha berkumpul di luar kedutaan Amerika Syarikat di bandar itu dan melaungkan Metta Sutta iaitu doa bagi meminta perlindungan daripada bahaya.

"Kami mahu mereka tahu kebanyakan warga Myanmar menentang tentera," kata Vicittalankara, salah seorang peserta.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan