Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah wanita sertai ISIS selaku penyerang nekad kian membimbangkan

Pelibatan golongan wanita di rantau Asia Tenggara dalam kegiatan kumpulan militan Daesh sebagai penyerang nekad semakin membimbangkan, kerana mereka mempunyai suntikan semangat baharu untuk melancarkan serangan berskala besar.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah wanita sertai ISIS selaku penyerang nekad kian membimbangkan

Seorang suri rumah 51 tahun ditangkap di Malaysia setelah mendapati ingin membuat serangan di tempat mengundi di Puchong. (Gambar fail: E8: Divisyen Counter Terrorism Cawangan Khas Malaysia)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 10:18PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 10:22PM

PENDANG: Pelibatan golongan wanita di rantau Asia Tenggara dalam kegiatan kumpulan militan Daesh sebagai penyerang nekad semakin membimbangkan, kerana mereka mempunyai suntikan semangat baharu untuk melancarkan serangan berskala besar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan Pengganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata bahawa golongan itu juga bahkan sudah mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bahan letupan yang membawa kesan besar.

“Lagi kita bimbang adalah pelibatan wanita sebagai penyerang bunuh diri atau ‘suicide bomber’, wanita yang terlibat dalam serangan di gereja (di Selatan Filipina pada Januari lepas), (serangan) di Surabaya pun wanita juga. Trend ini terbaharu di rantau Asia Tenggara yang guna wanita sebagai penyerang bunuh diri,” ujar Encik Ayob Khan.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan taklimat di program Seminar Kesedaran Keselamatan: Menangani Ancaman Daesh, IS dan Ajaran Sesat di Pendang pada Rabu (21 Ogos).

Sementara itu, Encik Ayob Khan berkata kerjasama yang melibatkan kumpulan ISIS di Malaysia, Indonesia dan Selatan Filipina juga membimbangkan pada masa ini.

Beliau menambah keadaan itu berdasarkan penangkapan pihaknya pada Mei lalu di Keningau, Sabah, yang membabitkan dua lelaki anggota ISIS Indonesia. Mereka menjadi pemudah cara kepada para anggota ISIS lain yang membuat persinggahan di Keningau sebelum melancarkan serangan gereja di Selatan Filipina, Januari lalu.

“Dua lelaki ini bekerja di Keningau...ini kita bimbang trend kerjasama antara elemen-elemen Daesh (ISIS) Malaysia, Indonesia dan Selatan Filipina ini,” kata Ayob Khan.

Sementara itu, setakat ini, Encik Ayob Khan berkata seramai 40 individu termasuk dua wanita ditahan pihaknya di Malaysia. Suspek-suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan militan berkenaan sejak Januari lalu.

“Kita fokus kepada pencegahan. Ada maklumat awal dan cukup bukti, kita akan tangkap. Kita tidak akan biarkan mereka lancarkan serangan,” katanya lanjut.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan