Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah pesakit COVID-19 di hospital Perancis tertinggi dalam hampir 5 bulan

Jumlah pesakit COVID-19 di hospital Perancis tertinggi dalam hampir 5 bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah pesakit COVID-19 di hospital Perancis tertinggi dalam hampir 5 bulan

Para petugas kesihatan di unit jagaan rapi (ICU) di Hospital Cambrai Perancis. (Photo: REUTERS/Pascal Rossignol)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 11:35AM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 11:37AM

PARIS: Sistem hospital Perancis berdepan tekanan hebat akibat pandemik, dengan jumlah pesakit COVID-19 yang dirawat di unit jagaan rapi (ICU) mencecah jumlah tertinggi dalam hampir setahun, meskipun negara itu baru memulakan sekatan pergerakan ketiga.

Kementerian Kesihatan negara itu pada Selasa (6 Apr) melaporkan bahawa jumlah orang dirawat di ICU naik 193 dalam tempoh 24 jam kepada 5,626. Ini adalah jumlah paling tinggi sejak 20 April 2020 apabila Perancis melaksanakan sekatan pergerakan buat kali pertama dari Mac hingga Mei 2020.

Jumlah itu juga terus meningkat melepasi 4,919 yang dicatat semasa sekatan pergerakan kedua dari 30 Oktober hingga 15 Disember.

Jumlah keseluruhan orang yang dimasukkan ke hospital bagi COVID-19 melonjak 732 dalam tempoh 24 jam, kenaikan paling tinggi dalam lebih empat bulan, kepada 30,639. Ini adalah kali pertama jumlah itu menjangkaui paras 30,000 sejak 24 November dan hampir mencecah 33,497 yang dicatat pada 16 November.

Perancis berharap dengan kempen vaksinasi yang diperhebat, digabungkan dengan sekatan pergerakan sebulan sejak hujung minggu lalu, akan membantunya membendung penularan COVID-19, yang diburukkan oleh pelbagai jenis koronavirus lain.

Pada Selasa (6 Apr), negara itu mula memberikan suntikan vaksin COVID-19 di Stade de France, stadium negara yang pernah menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan