Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah korban banjir Jepun kini 141, harapan mencari mangsa terselamat pudar

Jumlah korban akibat hujan lebat yang mengakibatkan banjir dan kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan di Jepun meningkat kepada 141 orang pada Selasa (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah korban banjir Jepun kini 141, harapan mencari mangsa terselamat pudar

Kemusnahan yang diakibatkan banjir dan tanah runtuh di Jepun Julai 2018 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Jul 2018 09:40AM Dikemas Kini : 10 Jul 2018 09:44AM

KURASHIKI: Jumlah korban akibat hujan lebat yang mengakibatkan banjir dan kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan di Jepun meningkat kepada 141 orang pada Selasa (10 Jul), sedang harapan menemui mangsa terselamat semakin menipis.

Ratusan yang lain masih dilaporkan hilang. Hujan yang mula reda pada Isnin akhirnya membolehkan para penyelamat sampai ke kawasan yang sebelum ini tidak dapat ditembusi, di mana pihak berkuasa khuatiri lebih banyak mayat masih terperangkap.

Dengan bilangan korban kian meningkat, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe membatalkan lawatan ke luar negara selama empat hari. Beliau juga dijangka melawat kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana yang berlaku, lewat minggu ini.

Lebih 70,000 pegawai kecemasan dikerah ke kawasan-kawasan yang dilanda bah dan tanah runtuh. Namun, empat hari selepas hujan lebat melanda, harapan untuk mencari orang terselamat semakin pudar.

"Saya meminta keluarga saya bersedia untuk kemungkinan paling buruk," kata Kosuke Kiyohara, 38, yang sedang menunggu khabar tentang saudara perempuan dan dua anak saudaranya di kota Kumano.

"Saya tidak dapat hubunginya menerusi telefon," beliau memberitahu AFP pada Isnin di hadapan sebuah rumah yang ranap akibat tanah runtuh.

Pekerja penyelamat akur harapan semakin tipis untuk menemui orang terselamat.

"Masih ada kemungkinan kami menemui orang terselamat, tetapi saban hari kemungkinan ini semakin kecil," seorang askar memberitahu AFP.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan