Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kes harian COVID-19 di Tokyo cecah rekod 224

Tokyo mengesahkan 224 kes baru jangkitan COVID-19 pada Khamis (9 Jul), menjadikannya rekod tertinggi dalam sehari bagi ibu kota Jepun itu sedang kerajaan menumpukan usaha menjalankan ujian di pusat hiburan bandar tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes harian COVID-19 di Tokyo cecah rekod 224

Orang ramai memakai pelitup di tengah pandemik COVID-19 di Tokyo, Jepun pada 9 Jun 2020 (Gambar fail: REUTERS/Issei Kato)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 06:34PM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 06:44PM

TOKYO: Tokyo mengesahkan 224 kes baru jangkitan COVID-19 pada Khamis (9 Jul), menjadikannya rekod tertinggi dalam sehari bagi ibu kota Jepun itu sedang kerajaan menumpukan usaha menjalankan ujian di pusat hiburan bandar tersebut.

Sekitar sebulan setelah Jepun menarik balik keadaan darurat pada 25 Mei, jumlah jangkitan kembali meningkat di kota metropolitan seramai 14 juta penduduk itu.

Namun pihak berkuasa masih keberatan untuk menguat kuasakan semula sekatan kerana bimbang akan menjejaskan lagi ekonomi yang teruk.

Gabenor Tokyo Yuriko Koike berkata jumlah kes yang meningkat baru-baru ini sebahagiannya disebabkan lebih banyak ujian dijalankan, dengan 3,400 daripadanya menyumbang kepada kes yang disahkan pada Khamis. Cik Koike, yang dipilih semula sebagai gabenor pada Ahad, berikrar untuk meningkatkan kapasiti ujian kepada 10,000 sehari.

Trend dalam kalangan kes baru tidak berubah, dengan penduduk berusia 20-an dan 30-an membentuk sekitar 75 peratus kes baru.

Jumlah pada Khamis mengatasi paras tertinggi sebelumnya sebanyak 206 kes yang dicatat pada 17 April ketika Tokyo dan pusat-pusat penduduk utama lain diletakkan di bawah keadaan darurat.

Dengan jumlah kes serius dan kematian agak stabil, Jepun berusaha untuk beralih dari fasa langkah pencegahan drastik kepada pendekatan mengimbangkan antara langkah kawalan risiko dengan dan aktiviti ekonomi.

Jepun pada Jumaat ini dijadual melonggarkan sekatan ke atas perhimpunan besar, yang membolehkan acara diadakan dengan sehingga 5,000 orang, berbanding 1,000 yang dibenarkan sekarang.

Berbanding kebanyakan negara lain, Jepun kurang terjejas akibat pandemik itu, yang telah meragut setengah juta nyawa di seluruh dunia. Jepun melaporkan 980 kematian dan 20,000 kes yang disahkan setakat ini.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan