Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah kes disyaki jangkitan virus Wuhan naik kepada 5 di S'pura

Lagi dua orang di Singapura yang mengalami radang paru-paru dan mempunyai sejarah perjalanan ke bandar Wuhan di China dimasukkan ke hospital dan diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2020 11:34AM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 11:43AM

SINGAPURA: Lagi dua orang di Singapura yang mengalami radang paru-paru dan mempunyai sejarah perjalanan ke bandar Wuhan di China dimasukkan ke hospital dan diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Dengan itu, jumlah kes yang disyaki jangkitan virus dari Wuhan meningkat kepada lima orang sejauh ini.

Kementerian Kesihatan (MOH) semalam (17 Jan) memberi amaran bahawa Singapura "berkemungkinan menyaksikan lebih banyak kes yang perlu disiasat".

Dalam dua kes terkini, seorang lelaki warga China yang berusia 64 tahun dan seorang wanita penduduk tempatan berusia 61 tahun dimasukkan ke hospital bagi menjalani penilaian dan rawatan lanjut setelah mereka tiba di sini dari Wuhan.

Menurut kementerian itu, mereka kini dalam keadaan stabil.

MOH menyatakan, mereka tidak mengunjungi Pasar Borong Makanan Laut Huanan, yang dikaitkan dengan penularan radang paru-paru di Wuhan.

Dalam pada itu, negara-negara Asia kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga menjelang perayaan Tahun Baru Cina memandangkan ramai rakyat China akan bercuti ke luar negara sepanjang tempoh itu.

Di Singapura, misalnya, langkah-langkah memeriksa suhu badan dijalankan di Lapangan Terbang Changi bagi pesawat-pesawat yang tiba dari Wuhan.

Mereka yang disyaki dijangkiti virus itu akan dirujuk ke hospital bagi menjalani penilaian lanjut.

Sumber : Today/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan