Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kes campak AS lonjak ke paras tertinggi sejak dihapuskan pada 2000

Jumlah kes campak di Amerika Syarikat mencatat jumlah rekod hampir 700 kes tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes campak AS lonjak ke paras tertinggi sejak dihapuskan pada 2000

(Gambar: CDC/Reuters)

Diterbitkan : 25 Apr 2019 06:47PM Dikemas Kini : 25 Apr 2019 06:49PM

NEW YORK: Jumlah kes campak di Amerika Syarikat mencatat jumlah rekod hampir 700 kes tahun ini.

Jumlah tersebut adalah yang tertinggi sejak Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia sudah menghapuskan virus campak pada tahun 2000.

Bilangan kes campak yang tinggi dikaitkan dengan penularan besar di Washington dan New York yang bermula pada lewat tahun lalu.

Jumlah kes campak sejak permulaan tahun ini hingga Rabu (24 Apr) jauh lebih tinggi berbanding 667 kes yang dilaporkan pada 2014, iaitu jumlah tertinggi yang dicatatkan sejak 2000.

Puluhan ribu kes campak turut dilaporkan di benua Afrika dan Eropah, dengan Ukraine sendiri mencatat lebih 30,000 kes dan 11 kematian sejak Januari lalu. 

Sumber : Reuters/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan