Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kemalangan, kematian meningkat dalam Op Selamat 2019 M'sia

Jumlah kemalangan dan kematian di Malaysia mencatatkan peningkatan bagi Op Selamat tahun ini yang bermula dari 18 Mei hingga 12 Jun lalu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kemalangan, kematian meningkat dalam Op Selamat 2019 M'sia

Gambar hiasan. (Gambar: JIMIN LAI / AFP)

Diterbitkan : 19 Jun 2019 05:29PM Dikemas Kini : 19 Jun 2019 05:31PM

KUALA LUMPUR: Jumlah kemalangan dan kematian di Malaysia mencatatkan peningkatan bagi Op Selamat tahun ini yang bermula dari 18 Mei hingga 12 Jun lalu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor. 

Menurut beliau, lebih 24,460 kes kemalangan dilaporkan tahun ini berbanding Op Selamat pada tahun lepas iaitu 22,411 kes.

“Sebanyak 24,461 kes kemalangan direkodkan berbanding 22,411 kes bagi tempoh sama pada tahun lepas, mencatatkan peningkatan sebanyak 2,050 kes di seluruh negara,” kongsinya kepada wartawan selepas Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 15 sempena Aidilfitri 2019 di Bukit Aman, Kuala Lumpur, pada Rabu (19 Jun).

Encik Mazlan berkata kes kemalangan maut direkodkan menurun tiga kes sahaja tahun ini iaitu sebanyak 232 kes berbanding 235 kes tahun lepas.

Sementara itu, jumlah kematian direkodkan meningkat sebanyak satu kes pada Op Selamat tahun ini - mencatat sebanyak 249 kes berbanding 248 kes tahun lalu.

“Selain itu, jumlah saman yang dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Selamat kali ini mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 350,537 saman berbanding 343,863 saman tahun lepas,” ujarnya.

Pengguna motosikal, dedah Encik Mazlan, adalah penyumbang utama bagi kes kematian iaitu sebanyak 158 individu diikuti dengan kereta (60); lori (lima); basikal (empat) dan lain-lain (enam).

Analisis terhadap Op Selamat tahun ini, tambah Encik Mazlan, menunjukkan bahawa sikap kecuaian pemandu masih menjadi penyumbang tertinggi kes kemalangan.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan