Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kawasan mutu udara tidak sihat di M’sia meningkat kepada 38

Jumlah kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 8.00 pagi ini (22 Sep), meningkat kepada 38 kawasan berbanding 18 kawasan bagi tempoh sama pada Sabtu (21 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kawasan mutu udara tidak sihat di M’sia meningkat kepada 38

Keadaan berjerebu di Kuala Lumpur, 11 September 2019. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 22 Sep 2019 12:18PM Dikemas Kini : 22 Sep 2019 12:28PM

KUALA LUMPUR: Jumlah kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 8.00 pagi ini (22 Sep), meningkat kepada 38 kawasan berbanding 18 kawasan bagi tempoh sama pada Sabtu (21 Sep).

Jumlah itu menyaksikan penambahan lokasi di beberapa negeri yang terjejas serta penambahan negeri baharu seperti Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Johor dan Terengganu.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat pukul 8.00 pagi, Kedah menjadi negeri terbaru dengan dengan IPU tidak sihat membabitkan dua kawasan iaitu Sungai Petani (107) dan Kulim Hi-Tech (105) diikuti Perak dengan lima kawasan iaitu Taiping (111), Tasek Ipoh (164), Pegoh Ipoh (145), Seri Manjung (132) dan Tanjung Malim (132).

Kawasan baru dengan IPU tidak sihat termasuk ILP Miri, Sarawak (102); Port Dickson, Negeri Sembilan (104); Alor Gajah, Melaka (104); Segamat, Johor (129); Seberang Jaya , Pulau Pinang (103) dan lima di Pahang iaitu Rompin (114);Temerloh (127); Jerantut (134); Indera Mahkota Kuantan (142); dan Balok Baru Kuantan (135).

Turut menjadi negeri terbaru dengan mutu udara tidak sihat ialah Terengganu dengan tiga kawasan membabitkan Kemaman (142), Paka (125) dan Kuala Terengganu (136).

Sementara itu, Sarawak menunjukkan perkembangan baik selepas hanya empat kawasan berada pada paras IPU tidak sihat pagi ini, iaitu Miri (107); Sri Aman (183); Kuching (139); dan Samarahan (136) berbanding lapan kawasan, semalam.

Kekal dengan IPU tidak sihat sejak semalam, adalah dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Cheras dan Batu Muda masing-masing dengan bacaan IPU 153 dan 173, sementara Putrajaya (138) diikuti Minden (140) dan Balik Pulau (151) di Pulau Pinang.

Turut kekal dengan IPU lebih 100, Tangkak, Johor (106) dan enam kawasan di Selangor iaitu Johan Setia Klang (193); Kuala Selangor (152), Petaling Jaya (148); Shah Alam (143); Klang (131); dan Banting (116), diikuti Negeri Sembilan melibatkan Nilai (140) dan Seremban (124).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan