Jumlah jangkitan COVID-19 seluruh dunia cecah sejuta
Jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 di seluruh dunia pada Khamis (2 Apr) mencecah angka sejuta, ketika Eropah masih bergelut dengan virus itu, manakala Amerika Syarikat pula menyaksikan jumlah kematian tertinggi dalam sehari sejauh ini berbanding mana-mana negara.
MADRID: Jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 di seluruh dunia pada Khamis (2 Apr) mencecah angka sejuta, ketika Eropah masih bergelut dengan virus itu, manakala Amerika Syarikat pula menyaksikan jumlah kematian tertinggi dalam sehari sejauh ini berbanding mana-mana negara.
Walaupun lebih separuh penduduk di dunia kini dikenakan sekatan pergerakan, COVID-19 meragut ribuan lagi nyawa di peringkat global, dengan Sepanyol dan Britain mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi,
Ia turut menjejas ekonomi global, dengan AS mencatat rekod 6.65 juta pekerja bagi tuntutan faedah pengangguran minggu lalu, manakala Sepanyol pula melaporkan peningkatan tuntutan pengangguran bulanan tertinggi dalam sejarah.
COVID-19 sekarang ini merebak paling pantas di AS, di mana lebih 243,453 jangkitan and 5,926 kematian dilaporkan, menurut perangkaan Universiti Johns Hopkins.
AS mencatat 1,169 kematian dalam 24 jam, jumlah tertinggi dalam sehari pernah dicatat mana-mana negara sejak pandemik global itu bermula.
Sejak muncul di China pada Disember, COVID-19 telah menjangkiti sekurang-kurangnya 1,013,157 orang - termasuk lebih separuh juta di Eropah - dan mengorbankan 52,983 nyawa, menurut Universiti Johns Hopkins.
Itali, negara paling teruk terjejas berdasarkan jumlah kematian melaporkan 115,242 kes dan 13,915 kematian manakala Sepanyol mempunyai 110,238 kes dan 10,003 kematian.
Eropah telah menjadi pusat krisis wabak berkenaan sejak beberapa minggu lalu, namun terdapat tanda bahawa wabak berkenaan menghampiri puncak
Sepanyol dan Britain masing-masing mencatat jumlah rekod 950 dan 569 kematian dalam tempoh 24 jam.
Perancis pula mencatat 471 kematian di hospital, kurang berbanding hari sebelumnya, tetapi turut mengumumkan 884 kematian di rumah penjagaan warga tua sejak wabak itu mula tersebar.
Itali mencatat 760 lagi kematian, tetapi mencatat jumlah jangkitan yang berkurangan.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.