Images
  • latin amerika
    (Gambar: Agensi berita)

Jumlah jangkitan baru COVID-19 di Latin Amerika terus tinggi

LIMA: Peru menjadi negeri Latin Amerika yang kedua selepas Brazil untuk mencecah 100,000 kes jangkitan COVID-19, menurut perangkaan oleh kementerian kesihatan negeri itu pada Rabu (20 Mei).

Jumlah kematian akibat COVID-19 juga melepasi 3,000 dengan lebih banyak kematian dilaporkan di Brazil dan Mexico.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran COVID-19 masih jauh daripada berakhir.

Pengarah Agung WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata sedang negara-negara maju menarik balik sekatan-sekatan bagi membendung penularan COVID-19, keadaan sebaliknya di negara-negara membangun.

Ini sedang jumlah jangkitan baru yang tinggi dicatatkan di Amerika Latin.

Pihaknya prihatin tentang bertambahnya kes COVID-19 di negara-negara berpendapatan rendah dan pertengahan.

Sejak 24 jam lalu, sejumlah 106,000 kes COVID-19 dilaporkan kepada WHO iaitu jumlah tertinggi dalam masa sehari.

Hampir 75 peratus dicatatkan di hanya empat negara.

Brazil dan Rusia merupakan antara empat negara yang melaporkan ribuan kes sejak beberapa hari lalu.

Pada Rabu (20 Mei), Brazil melaporkan 888 kematian baru dengan tambahan 20,000 kes baru COVID-19 dalam masa sehari.

Pihak berkuasa di Bandar terbesar Brazil di Sao Paulo memberi amaran sistem kesihatannya mungkin runtuh akibat permintaan bagi katil-katil kecemasan yang di luar jangkaan.

Hospital-hospital awam di Sao Paolo kini 90 peratus penuh dan ia dijangka tiada lagi ruang untuk pesakit, dalam masa dua minggu.

Sao Paolo juga mengisytiharkan cuti enam hari dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Namun, Presiden Brazil masih membantah sebarang sekatan ke atas ekonomi negara itu, sambil menyifatkan COVID-19 sebagai flu biasa.

- Agensi berita/AA/ha

Top