Images
  • ebike china
    (Gambar: Flickr)

Jumlah basikal elektrik berdaftar di China cecah 300 juta

BEIJING: Industri penjualan basikal elektrik di China mencatatkan jualan tahunan melebihi 30 juta buah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, manakala hampir 300 juta basikal jenis itu sudah berdaftar setakat ini.

Menurut Pertubuhan Basikal China pada Jumaat (20 Nov), jumlah pengeluaran basikal berharga RMB1,000 (S$204) ke atas amat memberangsangkan dan terus mencatatkan peningkatan.

Pada 2019, jualan basikal elektrik bateri lithium merangkumi 13.8 peratus dalam keseluruhan pengeluaran basikal elektrik, dengan jumlah pengeluaran tahunan menokok hampir lima juta buah, menyaksikan satu rekod baru dicatatkan.

Menurut pegawai dari pertubuhan berkenaan, beberapa tahun kebelakangan ini pihaknya mempergiat pengeluaran dan penggunaan basikal elektrik bateri lithium.

Tambahnya, teknologi keselamatan bateri lithium premium turut menjadi keutamaan dalam Rancangan Lima Tahun ke-14 pembangunan sosioekonomi China.

- BERNAMA/HA/ha

Top