Images
  • lemang
    (Gambar: AFP)

Jualan hidangan Raya masih laku meski di tengah pandemik COVID-19

MALAYSIA: Persiapan bagi jamuan Hari Raya Aidilfitri juga tetap rancak di Malaysia.

Meski bergelut dengan pandemik COVID-19, jualan makanan tradisional lemang, misalnya, terus mendapat sambutan hangat.

Jika sebelum ini, pelanggan datang berpusu-pusu membeli lemang di gerai ini, kini 70 peratus daripada jualannya ditempah menerusi online.

Namun setelah sekatan pergerakan dilonggarkan secara beransur-ansur, gerai di tepi jalan itu kini dikunjungi para pelanggan.

Sungguhpun begitu, langkah berjaga-jaga tetap dipatuhi.

Para pelanggan memakai pelitup muka, mengamalkan jarak selamat dan memeriksa suhu badan.  

- Agensi berita/UR/ha

Top