Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jualan cenderamata Pilihan Raya Indonesia terus laris

Sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Indonesia, penjualan barangan atau cenderamata pilihan raya Indonesia ibarat pisang goreng panas

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Indonesia, penjualan barangan atau cenderamata pilihan raya Indonesia ibarat pisang goreng panas dan permintaan nampaknya terus bertahan menjelang hari mengundi lusa (17 Apr).

Hendrik Yanee Udam misalnya tiba ke Jakarta dari Papua untuk ke rapat terakhir pasangan Jokowi-Ma’ruf Amin di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin (13 Apr).

Beliau memasang niat mahu membeli beberapa lagi pasang baju sekiranya Encik Jokowi menang.

(Gambar: BERITAmediacorp)

Encik Hendrik memborong barangan Pilihan Raya Indonesia

"Saya sudah punya banyak koleksi baju namun saya datang lagi kemari untuk melihat koleksi-koleksi baju apa yang belum (dimiliki). Saya datang jauh dari Papua. Saya tertarik dengan baju merah dan putih," kongsi Hendrik.

"Saya peminat Pak Jokowi. Kita secara sukarela bekerja untuk membeli pakaian kita sendiri untuk idola kita supaya boleh menjadi Presiden," kata beliau lanjut.

Permintaan bagi barangan pilihan raya begitu tinggi sejak negara ini dilanda demam Pilihan Raya.

Tempahan diterima sejauh Aceh, Bali malah juga Papua dan pernah mencecah 30,000 helai baju.

Menurut seorang pekerja Kedai Mitra Usaha, Alfandi: "Yang paling laris kemeja, bendera dan kemeja T."

Apabila ditanya sama ada terdapat perbezaan antara permintaan bagi baju Prabowo dan Jokowi, ini jawapan beliau: "Tidak dapat dikira. Sama saja? Ya, sama."

(Gambar: BERITAmediacorp)

Kini, waktu berkempen sudah berakhir namun masih ada lagi permintaan dari pelanggan seperti Hendrik. Malah kedai tersebut masih lagi membawa masuk stok baru.

"Jika Probowo yang menang dia akan beli bajunya lagi sebagai kenangan. Misalkan untuk acaranya sendiri. Begitu juga sekiranya Jokowi menang," kata Tuti Alwi, pekerja di Kedai Hidup Baru.

Bagaimanapun, sempena tempoh bertenang sekarang, para pengundi tidak dibenarkan mengenakan pakaian dengan lambang parti pihak-pihak yang disokong.

Maka itu, Hendrik merancang untuk berpakaian putih apabila pergi mengundi lusa (17 Apr).  

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan