Jordan lapor hampir 8,000 kes baru COVID-19
Jordan melaporkan hampir 8,000 kes baru COVID-19 pada Rabu (18 Nov) - jumlah tertinggi sejak pandemik itu melanda.
AMMAN: Jordan melaporkan hampir 8,000 kes baru COVID-19 pada Rabu (18 Nov) - jumlah tertinggi sejak pandemik itu melanda.
Kelompok terbesar penularan terbaru itu adalah di sebuah kilang kain di selatan Jordan, di mana 1,623 pekerja asing diuji positif COVID-19.
Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun tidak memberikan butiran warga negara yang terbabit.
Menurut Menteri Kesihatan Jordan, Nathir Obeidat, 60 kematian baru dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, membawa jumlah kematian akibat COVID-19 di Jordan kepada 1,969.
Jumlah kes COVID-19 pula kini 164,000.
Pertambahan mendadak jumlah kes baru COVID-19 di Jordan sejak dua bulan lalu, menyebabkan Perdana Menteri Jordan melaksanakan langkah-langkah lebih ketat seperti menutup pusat-pusat hiburan pada minggu ini.
Perintah berkurung sebelah malam juga dilanjutkan dan semua sekolah dan universiti diarahkan tutup.
Jordan kini menjadi negara Timur Tengah dengan jumlah kes baru COVID-19 yang tertinggi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.