Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jordan-Kesatuan Guru capai perjanjian pembayaran gaji

 Kerajaan Jordan pada Ahad (6 Okt) menyatakan ia sudahpun mencapai persetujuan pembayaran gaji dengan kesatuan guru sekali gus menamatkan mogok sebulan iaitu yang paling lama melibatkan sektor awam, menjejaskan lebih 1.5 juta pelajar.

Anggaran Waktu Membaca:
Jordan-Kesatuan Guru capai perjanjian pembayaran gaji

Guru-guru di Jordan mengadakan mogok berhubung pembayaran gaji. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 06 Oct 2019 09:38PM Dikemas Kini : 06 Oct 2019 10:25PM

AMMAN: Kerajaan Jordan pada Ahad (6 Okt) menyatakan ia sudahpun mencapai persetujuan pembayaran gaji dengan kesatuan guru sekali gus menamatkan mogok sebulan iaitu yang paling lama melibatkan sektor awam, menjejaskan lebih 1.5 juta pelajar.

Perjanjian tersebut dicapai selepas mogok itu mencetuskan krisis politik apabila kerajaan pada minggu lalu mengambil tindakan undang-undang terhadap kesatuan tersebut. Tindakan itu diambil selepas pihak kesatuan menolak kenaikan gaji yang terlalu rendah sedangkan kerajaan tidak mampu untuk memberi kenaikan lebih tinggi.

Perjanjian pembayaran gaji yang dipersetujui itu antara lain menyaksikan kenaikan gaji guru sebanyak 35 hingga 60 peratus mulai tahun depan. Ia dicapai selepas kerajaan buntu dengan tuntutan kenaikan gaji sebanyak 50 peratus oleh kesatuan yang dikatakan akan menimbulkan masalah kewangan kepada negara yang sedang dibelenggu beban hutang.

Kerajaan bimbang tuntutan gaji baru oleh para pekerja daripada sektor awam yang lain termasuk doktor dan peningkatan pencen bagi tentera yang sudahpun bersara akan memusnahkan usaha untuk memulihkan penjimatan fiskal yang diperlukan demi pemulihan ekonomi yang mampan.
 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan