Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jordan kecam tindakan Israel bina perumahan baru di Tebing Barat

Menteri Luar Jordan Ayman Safadi pada Khamis (8 Ogos) mengutuk Israel kerana meluluskan pembinaan perumahan baru di kawasan yang diduduki di Tebing Barat, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jordan kecam tindakan Israel bina perumahan baru di Tebing Barat

Bandar Tebing Barat, Hebron, yang menunjukkan pemandangan petempatan kaum Yahudi Kiryat Arba yang terletak di pinggir bandar itu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Aug 2019 04:50PM Dikemas Kini : 09 Aug 2019 04:51PM

AMMAN: Menteri Luar Jordan Ayman Safadi pada Khamis (8 Ogos) mengutuk Israel kerana meluluskan pembinaan perumahan baru di kawasan yang diduduki di Tebing Barat, lapor agensi berita Turki Anadolu.

"Kelulusan Israel untuk pembinaan sejumlah 2,300 kediaman baharu adalah satu langkah unilateral (sehala) dan wajar dikutuk. Komuniti antarabangsa perlu mengamalkan sikap yang akan memberi tekanan kepada Israel bagi menghentikan amalannya yang menjejaskan usaha dan peluang ke arah perdamaian,” tulis Encik Safadi di akaun Twitter.

Encik Safadi berkata petempatan baru serta tindakan memusnahkan rumah penduduk Palestin memantapkan lagi pendudukan rejim dan menyebabkan langkah untuk mencapai keamanan menyeluruh adalah sesuatu yang mustahil.

Kira-kira 650,000 Yahudi Israel kini tinggal di lebih 100 petempatan yang dibina sejak 1967 apabila Israel menduduki Tebing Barat dan Baitulmakdis Timur.
Rakyat Palestin menuntut wilayah-wilayah ini dan Semenanjung Gaza bagi menubuhkan negara Palestin pada masa depan.

Undang-undang antarabangsa melihat Tebing Barat dan Baitulmakdis Timur sebagai "wilayah-wilayah yang diduduki" serta menganggap semua aktiviti pembinaan petempatan Yahudi di kawasan itu sebagai tidak sah.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan