Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jordan guna dron, kamera bagi pantau perintah berkurung

 Jordan menyatakan negara itu akan menggunakan dron dan kamera pengawasan untuk memantau pamatuhan perintah berkurung seluruh negara yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Jordan guna dron, kamera bagi pantau perintah berkurung

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Apr 2020 06:58PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 07:10PM

AMMAN: Jordan menyatakan negara itu akan menggunakan dron dan kamera pengawasan untuk memantau pamatuhan perintah berkurung seluruh negara yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan COVID-19.

"Pasukan tentera dan perkhidmatan keselamatan akan memastikan perintah berkurung itu dipatuhi menerusi teknologi terkini seperti dron dan kamera pengawasan," kata Menteri Negara bagi Penerangan Amjad al-Adayleh dalam sidang media pada lewat Sabtu (4 Apr)

Jordan melaporkan lima kematian dan 323 kes COVID-19.

Encik Adayleh yang juga sebagai bertindak jurucakap kerajaan memberi amaran pihak berkuasa akan mengambil "tindakan sewajar terhadap sesiapa yang didapati melanggar peraturan" bagi membendung penularan itu.

Menurut Jordan, ia telah menangkap sekurang-kurangnya 1,600 orang kerana melanggar perintah berkurung, yang mengenakan hukuman berat dan telah berkuat kuasa sejak bulan lalu.

Jordan juga menyekat keluar masuk ke ibu kota dan semua wilayah negara itu, menggantung penerbangan masuk dan keluar Jordan, menutup sekolah dan melarang semua perhimpunan awam.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan