Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jokowi terima suntikan dos pertama vaksin Sinovac keluaran China

Presiden Indonesia Joko Widodo menerima dos pertama suntikan vaksin CoronaVac yang dihasilkan oleh Sinovac Biotech pada Rabu (13 Jan), sekali gus menjadi orang pertama di Indonesia yang disuntik dengan vaksin tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Jokowi terima suntikan dos pertama vaksin Sinovac keluaran China

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 12:09PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 12:12PM

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menerima dos pertama suntikan vaksin CoronaVac yang dihasilkan oleh Sinovac Biotech pada Rabu (13 Jan), sekali gus menjadi orang pertama di Indonesia yang disuntik dengan vaksin tersebut.

Presiden Jokowi menerima suntikan vaksin tersebut di Istana Presiden di Jakarta dalam satu acara yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Dalam kalangan mereka yang hadir adalah sebilangan anggota Kabinet yang turut akan menerima suntikan vaksin hari ini.

Pada Isnin (11 Jan), Indonesia menjadi negara pertama di luar China untuk meluluskan kegunaan darurat Sinovac, dengan data awal daripada ujian klinikal peringkat akhir yang dijalankan di negara itu menunjukkan kadar keberkesanan setinggi 65.3 peratus.

Vaksin CoronaVac keluaran Sinovac berfungsi dengan menggunakan zarah virus yang dibunuh untuk mendedahkan sistem keimunan tubuh kepada virus itu. Ia memerlukan dua dos untuk berkesan.

Selepas Encik Jokowi menerima suntikan vaksin itu, program vaksinasi di Indonesia dilancarkan secara rasmi.

Secara keseluruhannya, sekitar 1.48 juta petugas jagaan kesihatan akan menerima suntikan vaksin mulai minggu ini. Lebih 560,000 orang dijangka menerima suntikan vaksin pada Januari dengan baki 900,000 dijadual menerimanya pada Februari.

Seterusnya, seramai 17.4 juta pegawai awam dalam kategori berisiko tinggi akan menerima suntikan vaksin selepas ini.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan