Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jokowi lancar laluan kereta api hubungkan pusat bandar dengan lapangan terbang Jakarta

Dalam usaha menangani masalah kesesakan jalan raya, Jakarta melancarkan khidmat kereta api pertamanya yang menghubungkan lapangan terbang antarabangsanya dengan pusat bandar, hari ini (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Jokowi lancar laluan kereta api hubungkan pusat bandar dengan lapangan terbang Jakarta

(Gambar: Bay Ismoyo/ AFP).

Diterbitkan : 02 Jan 2018 03:26PM Dikemas Kini : 02 Jan 2018 03:29PM

JAKARTA: Dalam usaha menangani masalah kesesakan jalan raya, Jakarta melancarkan khidmat kereta api pertamanya yang menghubungkan lapangan terbang antarabangsanya dengan pusat bandar, hari ini (2 Jan).

Sistem baru itu menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta ke kawasan pinggir bandar dalam masa lebih singkat iaitu selama 55 minit, dua kali lebih pantas berbanding perjalanan mereka yang memandu.

Presiden Joko Widodo melancarkan khidmat kereta api itu. Para pegawai berharap ini dapat meyakinkan para pelancong untuk beralih dari menaiki kenderaan privet kepada pengangkutan awam bagi perjalanan di laluan sepanjang 38 kilometer itu.

Jakarta juga sedang membina sistem rel bawah tanah dan sistem LRT. Perkhidmatan ini akan mula beroperasi menjelang awal 2019.

"Syukur kerana selepas tiga tahun dan berkat kerja keras untuk membina kereta api lapangan terbang Soekarno-Hatta, akhirnya pagi ini kami boleh melancarkan khidmat ini dan kami tahu ia merupakan alternatif yang juga mampu mengurangkan kesesakan jalan raya," kata Presiden Jokowi.

Projek itu menelan belanja 3.6 trilion rupiah (S$266 juta). 42 khidmat kereta api dijadualkan setiap hari. Khidmat itu akan bermula dari pagi hingga tengah malam.

Sekitar 11,000 penumpang dijangka menggunakan khidmat ini setiap hari dengan tiga kereta api melalui laluan tersebut.

Tiket berharga 70,000 rupiah (S$5) bagi dua bulan pertama khidmat ini ditawarkan. Tambang akan dinaikkan kepada 100,000 (S$9) rupiah selepas itu - separuh daripada tambang teksi. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan