Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor serah kertas kerja percepat buka pintu sempadan antara M'sia dengan S'pura

Kerajaan Johor sudah menyerahkan kertas kerja dan prosedur operasi standard (SOP) kepada Kementerian Luar Negeri dalam usaha mempercepatkan pembukaan sepenuhnya sempadan Malaysia-Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor serah kertas kerja percepat buka pintu sempadan antara M'sia dengan S'pura

Pemandangan Koswe dari Johor Bahru (Gambar fail: Wong Pei Ting/TODAY)

Diterbitkan : 10 Sep 2020 02:04PM Dikemas Kini : 10 Sep 2020 02:06PM

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor sudah menyerahkan kertas kerja dan prosedur operasi standard (SOP) kepada Kementerian Luar Negeri dalam usaha mempercepatkan pembukaan sepenuhnya sempadan Malaysia-Singapura.

Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad berkata, usaha tersebut diharap akan dipertimbangkan dan ditambah baik kerajaan Persekutuan sekali gus mendapat persetujuan kedua-dua negara, lapor Sinar Harian.

"Seramai 8,270 individu sudah menggunakan kemudahan Pengaturan Ulang-Alik Berkala (PCA) dan seramai 327 individu telah menggunakan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) untuk rentas sempadan Malaysia-Singapura sehingga 31 Ogos lalu.

"Saya yakin sekiranya PCA dan RGL yang diperkenalkan sejak 17 Ogos lalu berjaya, kerajaan Persekutuan akan membuka sempadan Johor-Singapura dengan SOP yang terancang dan berkesan dalam menangani penularan koronavirus (COVID-19)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan bagi menjawab soalan dikemukakan Encik Chen Kah Eng (Stulang- PH) pada Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14 di sini pada Khamis (10 Sep), menurut Sinar Harian.

Terdahulu Encik Kah Eng mengemukakan soalan mengenai bilakah pintu sempadan Malaysia-Singapura akan dibuka semula agar ekonomi dapat dipulihkan.

Mengulas lanjut Encik Hasni berkata, kerajaan negeri sudah mengambil beberapa langkah bagi memastikan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dapat berulang-alik, lapor Sinar Harian lagi.

"Dianggarkan lebih 50 peratus daripada perbelanjaan pelancong asing merupakan penyumbang utama sektor perniagaan di Johor.

"Kerajaan negeri sentiasa komited untuk memikirkan pelbagai langkah yang terbaik bagi menyelesaikan perkara-perkara yang melibatkan isu sempadan di Malaysia (Johor) dari Singapura," katanya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan