Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor sentiasa pantau penggunaan air bagi pastikan bekalan tidak terganggu

Kerajaan Johor sentiasa memantau kadar penggunaan air bagi memastikan sumber itu digunakan dengan sebaiknya bagi memastikan bekalan tidak terganggu, kata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Kemudahan Awam negeri Jimmy Puah Wee Tse.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor sentiasa pantau penggunaan air bagi pastikan bekalan tidak terganggu

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 18 Jan 2020 04:21PM Dikemas Kini : 18 Jan 2020 04:22PM

KULAI: Kerajaan Johor sentiasa memantau kadar penggunaan air bagi memastikan sumber itu digunakan dengan sebaiknya bagi memastikan bekalan tidak terganggu, kata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Kemudahan Awam negeri Jimmy Puah Wee Tse.

Menurutnya, ia penting kerana Johor ketika ini mengalami peralihan cuaca ke musim panas dan kering, sekali gus terdapat kemungkinan akan berlaku masalah bekalan air kelak.

"Sekarang ini paras air di semua 16 kawasan tadahan air dan empangan negeri memuaskan. Bagaimanapun, oleh kerana sekarang sudah masuk ke musim cuaca lebih panas dan kurang hujan, kita akan sentiasa pantau penggunaan air.

“Harap rakyat faham bahawa sumber air ini ada batasan dan terhad. Gunalah air dengan berhemah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengundian terbuka Rumah Mampu Biaya Johor kategori C (RMB C) Taman Scientex Kulai bagi pembeli kaum India dan Cina hari ini (18 Jan).

Encik Puah mengatakan bahawa beliau berkemungkinan akan mengeluarkan satu kenyataan atau membuat sidang media pada minggu depan bagi memperjelaskan lebih terperinci tentang langkah-langkah persediaan yang akan diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani isu penyusutan air empangan berikutan cuaca panas.

Berdasarkan maklumat di laman Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan hujan monsun di beberapa negeri terutama di sebelah pantai timur Semenanjung akan berkurangan pada bulan ini dan menyebabkan cuaca lebih kering.

Johor antara negeri yang menerima taburan hujan berkurangan dengan semua kawasan menerima hujan pada paras purata antara 150mm sehingga 400mm.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan