Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor buat pertama kali dalam sejarah jatuh ke tangan pembangkang

 Buat julung-julung kalinya, Johor - kubu kuat Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang memerintah Malaysia - jatuh ke tangan Pakatan Harapan menyusuli Pilihan Raya Umum ke-14 Malaysia pada Rabu (9 Mei), satu detik bersejarah bagi negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor buat pertama kali dalam sejarah jatuh ke tangan pembangkang

Penduduk Yong Peng berkumpul untuk mengetahui keputusan pilihan raya. (Gambar: Justin Ong)

Diterbitkan : 10 May 2018 03:36AM Dikemas Kini : 10 May 2018 03:47AM

JOHOR: Buat julung-julung kalinya, Johor - kubu kuat Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang memerintah Malaysia - jatuh ke tangan Pakatan Harapan menyusuli Pilihan Raya Umum ke-14 Malaysia pada Rabu (9 Mei), satu detik bersejarah bagi negara itu.

Parti-parti dalam Pakatan Harapan berjaya memperolehi 36 daripada 56 kerusi DUN, sekaligus menewaskan Barisan Nasional yang selama ini mentadbir Johor sejak Malaysia merdeka.

BN setakat memperolehi 19 kerusi manakala baki kerusi dimenangi oleh Gagasan Sejahtera.

Calon-calon yang menang besar termasuk Muhyiddin Yassin, yang memenangi kerusi Gambir dengan lebih 3,000 undi. Mantan timbalan perdana menteri itu disebut-sebut sebagai calon bagi jawatan Menteri Besar Johor.

Naib Presiden Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub, juga memenangi kerusi Simpang Jeram dengan kelebihan 7,687 undi.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Khaled Nordin tewas di tangan Che Zakaria Salleh dari Pakatan Harapan dengan 8,746 undi, sekaligus hilang kerusi Permas.

Pembangkang sebelum ini hanya menguasai lima daripada 13 negeri, iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Di peringkat persekutuan pula, pemimpin pembangkang Liew Chin Tong yang bertanding bagi kerusi Ayer Hitam tewas di tangan menteri di jabatan perdana menteri, Wee Ka Siong, dari BN dengan 303 undi.

Ejen pilihan raya Liew, Lee Cher Ling, memberitahu Mediacorp bahawa permintaan bagi kiraan semula undi ditolak dan mereka sedang menimbangkan tindakan undang-undang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed, kalah mengejut di Pulai di tangan Salahuddin, dengan hampir 29,000 undi.

Satu lagi keputusan mengejut diumumkan di Pasir Gudang di mana Khaled ditewaskan oleh Hassan Abdul Karim dari Pakatan Harapan.

Syed Saddiq dari Pakatan Harapan pula berjaya menewaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Razali Ibrahim, dengan kelebihan hampir 7,000 undi di Muar.

Muhyiddin juga berjaya mempertahankan kerusi parlimen Pagoh dengan hampir 7,000 undi. 

Ahli politik veteran Lim Kit Siang berjaya mempertahankan kerusi Iskandar Puteri - yang dulunya dikenali sebagai Gelang Patah - setelah menewaskan pesaingnya, Jason Teoh, dari BN dengan hampir 45,000 undi.

Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein, dari BN juga berjaya mempertahankan kerusi Sembrong dengan 6,662 undi. 

Sumber : CNA/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan