Images
  • belanjawan msia
    (Gambar: Bernama)

Johor akan hantar bakul makanan kepada rakyat M'sia terkandas di S'pura

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri Johor akan menghantar bakul makanan kepada rakyat Johor dan Malaysia yang terkandas di Singapura.

Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata bakul makanan itu akan dihantar melalui badan bukan kerajaan (NGO) Southern Volunteers.

Beliau berkata usaha tersebut akan dilakukan bersama-sama pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Persatuan Malaysia-Singapura.

“Bahawa pada hari ini, kita semua bersidang dalam semangat bermuafakat. Kita adalah rakyat Johor. Kita adalah Bangsa Johor. Atas rasa simpati dan penuh kesedaran, maka, kerajaan negeri Johor melalui Southern Volunteers akan menghantar bakul makanan kepada rakyat Johor dan Malaysia yang terkandas di Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail hari ini (26 Nov).

- BERNAMA/HA/ha

Top