Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Joe Biden calon Democrat bagi pilihan raya presiden AS

Parti Democrat Amerika Syarikat pada Selasa (18 Ogos) mencalonkan Joe Biden sebagai calon pilihan raya presiden sekali gus mencalonkan tokoh politik veteran Washington itu secara formal sebagai pesaing kepada Presiden Donald Trump dalam pilihan raya November nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Joe Biden calon Democrat bagi pilihan raya presiden AS

Joe Biden memberi ucapan semasa kempen pencalonan presiden AS pada 5 Jun 2020.(Gambar: REUTERS/Jim Bourg)

Diterbitkan : 19 Aug 2020 12:23PM Dikemas Kini : 19 Aug 2020 12:25PM

MILWAUKEE: Parti Democrat Amerika Syarikat pada Selasa (18 Ogos) mencalonkan Joe Biden sebagai calon pilihan raya presiden sekali gus mencalonkan tokoh politik veteran Washington itu secara formal sebagai pesaing kepada Presiden Donald Trump dalam pilihan raya November nanti.

"Terima kasih semua, ini sungguh bermakna untuk saya sekeluarga -- dan saya akan jumpa anda nanti pada Khamis!" kata Encik Biden dalam siaran langsung secara maya selepas undian parti itu selesai.

Dalam undian panggil nama yang dilakukan secara dalam talian kerana pandemik COVID-19, setiap daripada 50 negeri dan tujuh wilayah mengumumkan kiraan undi mereka bagi Encik Biden dan calon tempat kedua berhaluan progresif, Senator Bernie Sanders.

Encik Biden merupakan naib presiden Amerika Syarikat semasa pentadbiran Barack Obama dari 2009 hingga 2017.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan