Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jiran-jiran hilang pakaian dalam, kucing ini rupanya si 'pencuri bersiri'

Siapa yang tidak akan mula curiga terhadap pasangannya jika mereka menemukan pakaian dalam di atas katil kekasih mereka. Bagi Ed Williams, beliau tidak dapat memberi penjelasan kepada temanitanya yang menemukan seluar dalam di hujung katilnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Jiran-jiran hilang pakaian dalam, kucing ini rupanya si 'pencuri bersiri'

Mo mencuri antara 30 hingga 40 helai pakaian dalam seminggu. (Gambar: Mista-Ed Williams/ Facebook)

Diterbitkan : 03 Feb 2018 09:28PM Dikemas Kini : 03 Feb 2018 10:55PM

AUCKLAND: Siapa yang tidak akan mula curiga terhadap pasangannya jika mereka menemukan pakaian dalam di atas katil kekasih mereka. Bagi Ed Williams, beliau tidak dapat memberi penjelasan kepada temanitanya yang menemukan seluar dalam di hujung katilnya. Beliau 'kantoi' atas sesuatu yang tidak dilakukannya sama sekali.

Namun, beliau 'terselamat' daripada soalan bertubi-tubi yang dilemparkan ke atasnya. Ternyata, kucingnya yang bernama Mo dalangnya!

Encik Williams memberitahu agensi berita NZ Herald Focus bahawa pada awalnya, beliau menemukan sepasang pakaian dalam wanita di hujung katil.

"Hanya selepas beberapa minggu kemudian, kami ternampak Mo melintas jalan dengan T-shirt di mulutnya. Pada saat itulah kami menyedari, Mo dalangnya," kata Encik William.

Pakaian-pakaian yang dicuri Mo. (Gambar: Mista-Ed Williams/ Facebook)

Pakaian-pakaian yang dicuri kucingnya termasuk stokin, seluar dalam lelaki, seluar dalam wanita dan beberapa T-shirt.

Dalam tempoh seminggu, Mo mencuri antara 30 hingga 40 helai pakaian.

Menurut Daily Mail, Encik Williams akan memulangkan pakaian-pakaian yang dicuri kepada jiran-jiran yang sejauh ini memahami tabiat buruk kucingnya itu.

"Sesiapa yang ada pakaian yang hilang di Mount Eden, sila jumpa saya. Besar kemungkinan, pakaian anda ada dengan saya," kata Encik Williams seperti ditukil Daily Mail. 

Sumber : Agensi berita/AQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan