Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jet peribadi Jho Low yang dirampas di S'pura, akan dibawa pulang ke M'sia - Dr Mahathir

Kerajaan Malaysia kini menyasarkan untuk membawa pulang jet peribadi milik ahli perniagaan Malaysia yang sedang melarikan diri, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang kini dilaporkan berada di Singapura, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini (12 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2018 03:39PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 10:45PM

SERDANG: Kerajaan Malaysia kini menyasarkan untuk membawa pulang jet peribadi milik ahli perniagaan Malaysia yang sedang melarikan diri, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang kini dilaporkan berada di Singapura, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini (12 Ogos).

Semasa ditanya tentang laporan bahawa Putrajaya akan membawa pulang jet itu, Dr Mahathir berkata: "Ya, saya fikir begitu. Kami akan bawa ia pulang."

Menurut laporan media, jet peribadi itu dirampas oleh pihak berkuasa Singapura pada 2017 dan ditempatkan di Lapangan Terbang Seletar.

Turut dilaporkan pesawat Bombardier Global 5000 yang dirampas itu adalah sebahagian daripada aset bernilai sekitar AS$1 bilion (S$1.37 bilion) yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mengulas tentang perbincangan untuk membawa pulang jet peribadi itu ke Malaysia pula, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak tahu bahawa ada pihak lain melakukannya."

Sebelum ini, kerajaan Malaysia sudahpun merampas kapal layar mewah Equanimity milik Jho Lo yang dipercayai dibeli menggunakan wang 1MDB. Kuala Lumpur kini dalam proses mahu menjualnya.

M'SIA ARAH AMERIKA BERKAITAN EQUANIMITY?

Dr Mahathir menegaskan kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan semula semua wang yang dicuri daripada
Malaysia.

"Kami tahu siapa yang memilikinya tetapi sudah tentu kami tidak tahu di mana ia (wang) itu. Dan terdapat keperluan untuk kami mengakses wang itu asalkan kami dapat membuktikan wang itu milik negara," katanya.

Kapal layar mewah Equanimity itu tiba di Malaysia pada 7 Ogos selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia. Kapal layar itu kini berlabuh di Pelabuhan Klang.

Ketika diminta mengulas kenyataan Jho Low menerusi jurucakapnya yang mendakwa Malaysia “mengarahkan” pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menyatakan ketibaan kapal layar itu di Malaysia, selepas rundingan dengan pihak Amerika, Dr Mahathir secara sinis berkata: "Saya rasa amat bangga bahawa saya dapat mengarahkan kerajaan Amerika Syarikat."

"Dengan ini saya lebih hebat daripada Presiden Amerika Donald Trump. Anda boleh tanya pihak berkuasa Amerika sama ada saya mengarahkan mereka. Saya akan taipkan arahan itu dan sumbatkan ke dalam tekaknya (Jho Low). Tetapi beliau (Jho Low) patut menerima itu," katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan