Images
  • jet rusia
    (Gambar: airailimages/YouTube menerusi BERNAMA)

Jet pejuang Rusia pintas pesawat pengebom AS di Laut Hitam

MOSCOW: Empat jet pejuang Rusia pada Isnin (14 Sep) berjaya memintas pesawat pengebom Amerika Syarikat (AS) di Laut Hitam, lapor agensi berita Xinhua yang memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Unit pertahanan udara Ketenteraan Selatan Rusia mengesan tiga pesawat udara yang cuba memasuki ruang udara sempadan negara itu di perairan Laut Hitam, menurut stesen penyiaran Zvezda. 

Berikutan itu, dua jet tempur Su-27 dan Su-30 dikerahkan ke kawasan tersebut. Ia kemudian mengenal pasti pesawat yang cuba menceroboh itu adalah jenis B-52H milik AS. 

“Selepas pesawat AS itu terbang meninggalkan ruang udara sempadan, jet Rusia kembali semula ke lapangan terbang mereka,” lapor Zvezda. 

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, jet pejuang Rusia menjalankan operasi secara berkala untuk memintas pesawat AS.

- BERNAMA/FZ/fz

Top