Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jet pejuang Rusia, China masuk zon pertahanan udara Korea Selatan buat seketika

Korea Selatan mengerahkan jet-jet pejuang pada Jumaat (19 Nov) apabila pesawat pejuang Rusia dan China yang sedang dalam latihan bersama memasuki zon pengenalan pertahanan udaranya buat seketika, kata ketua tentera di Seoul.

Anggaran Waktu Membaca:
Jet pejuang Rusia, China masuk zon pertahanan udara Korea Selatan buat seketika

(Gambar fail: AFP/KIM JAE-HWAN)

Diterbitkan : 20 Nov 2021 07:46AM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 07:48AM

SEOUL: Korea Selatan mengerahkan jet-jet pejuang pada Jumaat (19 Nov) apabila pesawat pejuang Rusia dan China yang sedang dalam latihan bersama memasuki zon pengenalan pertahanan udaranya buat seketika, kata ketua tentera di Seoul.

Bagaimanapun, "tiada pencerobohan ruang udara" berlaku, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan dalam satu kenyataan.

"Tentera kami menerima jawapan daripada pihak China bahawa ia adalah...latihan biasa melalui rangkaian komunikasi langsung Korea Selatan-China."

JCS menyatakan ia menilai situasi itu sebagai latihan bersama Rusia-China dan pesawat berkenaan terbang di dalam zon tersebut sekitar 10 minit.

Korea Selatan menghantar pesawat pejuang F-15 dan F-16 bersama sebuah kapal terbang tangki mengisi minyak sebagai "langkah taktikal biasa" apabila pesawat Rusia dan China menghampiri zon itu, tambah JCS.

Insiden itu berlaku di timur laut Dokdo - pulau kecil yang juga dituntut oleh Jepun, yang memanggilnya Takeshima.

Zon pengenalan pertahanan udara berada di luar ruang udara negara atau wilayah, di mana pesawat asing dipantau atas sebab keselamatan.

Bagaimanapun, ia adalah ruang udara yang diisytiharkan sendiri dan secara teknikalnya adalah ruang udara antarabangsa.

Pada 2019, jet-jet pejuang Korea Selatan melepaskan lebih 400 tembakan amaran dan Jepun mengadu kepada Moscow selepas pesawat tentera Rusia melanggar ruang udara berhampiran pulau yang dipertikaikan.

Rusia menyatakan pada masa itu bahawa ia tidak mengiktiraf zon sedemikian.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan